saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/07/2013

Hishammuddin dianugerah Beret Merun

Hishammuddin Tun Hussein, Zulkifeli Mohd. Zin dan Idris Haron bergambar beramai-ramai bersama anggota 10 Briged PARA selepas majlis penganugerahan Sayap Penerjunan Kehormat serta Beret Merun kepada Menteri Pertahanan di Melaka, semalam.

MELAKA 9 Julai - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para sempena lawatan kerja beliau di Kem Terendak, Sungai Udang di sini hari ini.

Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin di Kompleks Parawood 10 Briged (Para).

Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Idris Haron.

Ini merupakan lawatan kerja ketiga Hishammuddin sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 16 Mei lalu dan sebelum ini telah melawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Penganugerahan tersebut adalah satu penghormatan yang diberikan kepada individu tertentu oleh Panglima Angkatan Tentera berdasarkan komitmen sepenuhnya dan jasa terhadap perkembangan serta kemajuan ketumbukan pasukan 10 Briged Para.

Sempena lawatan tersebut Hishammuddin turut menyaksikan demonstrasi dinamik 10 Briged Para melibatkan 2,500 anggota.

Antaranya ialah terjun bebas daripada lapan penerjun menggunakan payung combat military tactical glider dari ketinggian 8,000 kaki, demonstrasi tempur tanpa senjata (TTS), kawad tempur platun, renang tempur dan latihan melibatkan flying fox.

Beliau turut melihat demonstrasi serangan seksyen tinjau para yang menggunakan senjata M4, Minimi 5.56mm dan pistol glock 9mm serta sniper rifle international artic warfare 7.62mm.

Di samping itu, Hishammuddin turut menyaksikan ketumbukan Batalion Infantri bersama-sama keupayaan persenjataan dan kenderaan sebuah unit infantri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.