saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/07/2013

Guna steroid bina otot bahaya

DR. MOHD. NAHAR AZMI MOHAMED

PENGGUNAAN steroid untuk ‘suka-suka’ ternyata boleh mengundang penyakit berbahaya seperti nasihat pakar perubatan dan pakar kesihatan.

Benarkah tanpa steroid yang dianggap ‘pil ajaib’ itu, hasrat golongan belia yang mengimpikan tubuh berotot tidak akan kesampaian?

bagaimana pula caranya untuk tampil menawan sekali gus sihat tanpa pengambilan ubat terkawal itu? Ikuti laporan siri kedua dan terakhir steroid yang disediakan oleh SHARILFUDDIN SAARI, ANGELINA SINYANG DAN AZRAI MOHAMMAD.

KUALA LUMPUR 10 Julai - Seorang pakar perubatan merumuskan penggunaan steroid tanpa preskripsi doktor seperti untuk membina otot adalah bahaya dan boleh memberi kesan sampingan yang serius sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

Pensyarah Kanan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Mohd. Nahar Azmi Mohamed berkata, malangnya tidak ramai mengetahui kesan pengambilan steroid itu antaranya darah tinggi, sakit jantung dan strok.

Beliau yang juga Ketua Perubatan Sukan Universiti Malaya memberitahu, kesannya boleh terjadi kepada kedua-dua jantina iaitu lelaki berisiko menghidap masalah kesuburan iaitu bilangan sperma berkurangan, mati pucuk dan buah zakar akan mengecil.

“Bagi wanita pula, penggunaannya akan mengubah bentuk fizikal kepada lelaki dengan menunjukkan ciri-ciri seperti bermisai, berbulu kaki dan suara lebih garau. Dan seterusnya untuk jangka panjang mereka boleh mengalami masalah darah tinggi, strok dan serangan jantung," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut beliau, kerajaan menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat dengan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam tetapi malangnya penyalahgunaan steroid telah merencatkan hasrat tersebut.

Beliau berkata, selain itu, media massa yang sering memaparkan gambar pelakon barat dan tempatan di muka hadapan yang bertubuh sasa dan digilai ramai wanita mempengaruhi golongan muda untuk mendapatkan bentuk badan sedemikian.

“Masyarakat digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat tetapi tanpa khidmat nasihat yang betul mereka boleh terjebak dengan cara salah," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:15
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.