DALAM NEGERI
ARKIB : 12/07/2013
Menteri akui wujud salah guna steroid
KUALA LUMPUR 11 Julai - Segelintir pengunjung gimnasium diakui terlibat dengan penyalahgunaan steroid, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, kata beliau, sebarang penjualan ubat seumpama itu termasuk pengambilan vitamin adalah tidak dibenarkan di semua gimnasium.
"Bagaimanapun, kita telah membuat semakan tiada apa-apa penjualan di gimnasium termasuk vitamin melainkan jika diizinkan.
"Dalam hal ini, kita mahu belia sedar perkara ini, jangan ambil steroid hanya kerana tertarik kepada bentuk badan rakan-rakan mereka kerana kesannya merugikan kepada kesihatan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Utusan Malaysia bahawa lebih 18,000 kebanyakannya golongan belia terdedah dengan ancaman kesihatan yang serius termasuk boleh membawa kematian gara-gara penggunaan steroid hanya kerana hendak tampil menarik dan berotot.
Lebih malang sebahagian besar daripada mereka langsung tidak menyedari kesan sampingan pengambilan ubat terkawal itu, apatah lagi tanpa terlebih dahulu mendapatkan nasihat doktor.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebagai langkah drastik, kementeriannya akan menguatkuasakan pengharaman pengunaan steroid untuk semua atlet terutama yang terlibat dalam bina badan.
Langkah itu, jelasnya, akan dilaksanakan dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) dan Agensi Antidoping Malaysia (Adamas).
"Kempen kesedaran mengenai kesan steroid juga akan dijalankan dengan menampal poster di semua gimnasium.
"Kita mahu pengguna gimnasium dalam kalangan orang muda yang tertarik dengan steroid, akan faham mengenai bahaya penyalahgunaannya kepada kesihatan mereka," katanya.
Malaysia berhasrat duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
ASEAN bentuk pasaran bersepadu tahun depan
UNSC: Najib garis 5 keutamaan
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT
Kekalkan hubungan baik
Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan
UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia
Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali
Bangunan sekolah rosak teruk
Kanakkanak ditemui berkeliaran
Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi
SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS
Kerajaan jangan tunduk
Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam
2 juta penerima BR1M tiada akaun
Menara Mara dicadang tapak jualan
Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu
DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












