saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/07/2013

Premis jual ubat terlarang dikenal pasti

KUALA LUMPUR 11 Julai - Kementerian Kesihatan mengenal pasti beberapa premis perubatan termasuk tabib perubatan alternatif serta farmasi komersial menjual steroid secara haram termasuk kepada golongan belia untuk tampil menarik dan berotot.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, premis berkenaan kini sedang dipantau dan bakal berdepan hukuman denda RM10,000 bagi setiap kesalahan seperti yang terkandung di bawah Akta Farmaseutikal.

Beliau sehubungan itu menyeru semua doktor dan ahli farmasi mempraktikkan etika perubatan dengan membanteras penjualan ubat terkawal berkenaan daripada terus memberi kesan kepada masa depan belia.

“Kementerian juga memberi amaran kepada mana-mana premis perubatan supaya tidak menjual sebarang unsur berkaitan steroid kepada orang awam tanpa preskripsi doktor bertauliah.

“Dari segi penjualan ubat kawalan di pasaran, steroid merupakan sejenis ubat yang hanya boleh di peroleh melalui preskripsi doktor dan saya berharap pihak doktor yang memberi preskripsi steroid itu berhati-hati agar tidak memberikannya secara meluas.

“Ini kerana pihak kami mendapat banyak maklumat berhubung tindakan sesetengah premis perubatan tradisional Cina dan farmasi menjual steroid kepada golongan belia yang ingin memiliki tubuh cantik berotot," katanya kepada Utusan Malaysia di Parlimen semalam.

Mengulas lanjut, Subramaniam berkata, kementerian juga meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat berhubung pen- jualan ubat terkawal tersebut secara terbuka di sekitar mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:35
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.