saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/07/2013

TEKUN mampu beri RM200 juta pinjaman

PUTRAJAYA 12 Julai - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang mengeluarkan pinjaman bernilai RM330 juta pada separuh penggal pertama tahun ini masih mempunyai dana lebih RM200 juta untuk diagihkan.

Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, jumlah dana tersebut dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 peminjam pada separuh penggal kedua tahun ini.

Beliau berkata, walaupun hanya diberi peruntukan sebanyak RM350 juta tahun ini tetapi kadar bayaran balik pinjaman yang tinggi membolehkan tabung itu mempunyai dana mencukupi untuk meluluskan lebih banyak pinjaman baharu.

"Kadar bayaran balik adalah pada 85 peratus iaitu satu keadaan yang agak baik. Golongan yang biasanya memanfaatkan dana kita ialah peniaga kecil-kecilan khususnya sektor peruncitan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, TEKUN Nasional berjaya membolot dua anugerah antarabangsa di Jerman dan Mongolia baru-baru ini melalui perkhidmatan pinjaman inovatif yang ditawarkan tabung berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.