saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/07/2013

Cukai untung hartanah naik 30%

KOTA BELUD 15 Julai - Kerajaan bakal menaikkan kadar cukai keuntungan hartanah sekali ganda berbanding 15 peratus pada masa ini, sebagai antara langkah terakhir bagi mengawal kenaikan harga rumah secara mendadak di negara ini khususnya di kawasan bandar.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan bagaimanapun berkata, kenaikan cukai kepada 30 peratus itu akan dibuat sekiranya keadaan betul-betul terdesak yang menyaksikan harga rumah terus meningkat dengan mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia.

"Dahulu kita pernah letakkan kadar cukai ini pada paras 30 peratus, maknanya kalau kita beli rumah, lepas itu jual dalam masa dua tahun, cukai keuntungan kita adalah 30 peratus daripada rumah tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung di Masjid Kampung Taun Gusi, di sini malam tadi.

Abdul Rahman berkata, kenaikan kadar cukai berkenaan bertujuan mengurangkan aktiviti pembeli hartanah yang mahu mengambil keuntungan dengan membeli dan menjual hartanah sekali gus menyebabkan kenaikan harga rumah secara mendadak.

"Ini untuk mengelakkan aktiviti spekulasi, contohnya apabila ada rumah dibina selalunya akan dijual habis tetapi apabila siap banyak pula iklan untuk menjualnya," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bengkel khas bagi mencari kaedah terbaik menurunkan harga rumah akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Kata beliau, bengkel sehari suntuk itu akan melibatkan pakar dari kementeriannya, ahli akademik, pemaju perumahan dan peserta dalam industri pembinaan.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 10 peratus daripada projek perumahan rakyat yang dilaksanakan di seluruh negara akan dikhaskan untuk program perumahan transit.

Ujarnya, pelaksanaan program untuk golongan muda yang baharu berkahwin itu akan dijalankan serentak termasuk di Sabah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.