saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/07/2013

Jika boleh lucutkan taraf warganegara

Dr. Mahathir

SHAH ALAM 16 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perbuatan mempersendakan bulan Ramadhan di laman Facebook oleh Alvin Tan dan Vivian Lee jika dibenarkan undang-undang , mereka seharusnya dilucut kewarganegaraan.

Katanya, namun undang-undang di negara ini tidak pernah melucutkan kewarganegaraan seseorang.

Jelasnya, perbuatan menceroboh agama lain adalah perkara yang tidak baik dan boleh sampai ke peringkat mencetuskan rusuhan .

"Jika kita lihat, di negara lain banyak berlaku rusuhan disebabkan oleh agama, namun Alhamdulillah negara kita tidak berlaku rusuhan itu. Namun, apa yang kita nampak perbuatan ini adalah tidak bertanggungjawab dan menyakitkan hati orang lain yang mungkin orang lain akan balas lalu bermusuh

"Mereka ini adalah orang yang tidak ada akal dan bodoh yang tidak boleh di ajar," katanya ketika majlis berbuka puasa dan solat terawih anjuran Proton di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Alvin Tay Jye Yee, 25, dan pasangannya, Vivian Lee, 24, yang mempersenda bulan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Beliau menambah, jika berlaku rusuhan , mereka ini tidak akan bertanggungjawab dan perlu dikenakan tindakan tegas jika tidak dilucutkan kewarganegaraan.

Selain itu, Mahathir turut berkata, undang-undang dibuat adalah untuk menentukan hidup kita lebih selesa.

"Undang-undang dibuat untuk menjadikan masayarkat kita lebih sempurna dan jika mansuhkan semua undang-undang, saya fikir kita akan binasa," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.