saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/07/2013

Bilangan pelatih PLKN siri 11/2014 ditambah

Abdul Rahim Bakri (tengah) melihat senarai nama bakal Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sambil diperhatikan Ismail Ahmad (kiri) dan Abdul Hadi Awang Kechil di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Julai - Bilangan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 11/2014 bertambah sebanyak 10,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 150,000 pelatih yang akan terlibat pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, pertambahan jumlah pelatih tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih ramai remaja mengikuti PLKN.

Beliau berkata, kerajaan berharap pemilihan ini akan memberi banyak ruang kepada remaja untuk untuk mempelajari pelbagai perkara dan ilmu berbentuk praktikal yang terdapat di dalam PLKN.

"Ini selaras dengan misi dan visi nasional untuk melahirkan masyarakat khususnya generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme dan berpeluang berintegrasi sesama mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Pemilihan Pelatih-Pelatih PLKN Siri 11/2014 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Abdul Rahim berkata, daripada jumlah keseluruhan pelatih PLKN itu, sebanyak 82,500 adalah pelatih lelaki dan 67,500 pelatih perempuan.

"Komposisi kaum pula, bumiputera adalah seramai 90,000 orang, Cina (42,000), India (15,000) dan kaum-kaum lain (3,000).

"Semua peserta dipilih secara rawak daripada sejumlah 526,280 remaja di negara ini yang lahir pada tahun 1996," katanya.

Sehubungan itu, remaja yang lahir pada 1996 boleh menyemak sama ada mereka terpilih mengikuti PLKN pada tahun hadapan menerusi laman web wwww.khidmatnegara.gov.my.

"Mereka juga boleh menyemak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SEMAK<jarak>Nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888," katanya.

Sementara itu, mengulas tentang Ops Daulat di Lahad Datu yang dijadikan sub model baharu di dalam modul kenegaraan beliau berkata, peristiwa itu merupakan satu elemen penting bagi menyuntik semangat patriotik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.