saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/07/2013

Cikgu Razak survivor Hiroshima meninggal dunia

KUALA LUMPUR 18 Julai - Rakyat Malaysia yang terselamat dalam tragedi serangan bom atom di Hiroshima, Jepun pada 1945, Datuk Abdul Razak Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang ini.

Allahyarham yang merupakan bapa kepada bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berusia 88 tahun.

Menurut Dzulkifli, 60, Allahyarham tinggal bersama keluarganya di Taman Kamariah, Jalan Gombak dan dimasukkan ke HKL selepas mengadu sakit dada pagi ini.

"Arwah kemudian dimasukkan ke Unit Kecemasan petang ini sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga kira-kira pukul 5.45 petang," katanya ketika dihubungi malam ini.

Allahyarham dilahirkan pada 7 Julai 1925 di Pulau Pinang merupakan salah seorang daripada tiga rakyat Tanah Melayu yang dipilih melanjutkan pelajaran di Universiti Hiroshima, Jepun untuk mempelajari bahasa Jepun

Allahyarham merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang terselamat dalam tragedi itu walaupun dihempap runtuhan bangunan universiti dalam tragedi bom atom pada 6 Ogos 1945 yang meragut hampir setengah juta nyawa.

Beliau tidak sedarkan diri selepas pengeboman itu dan sebaik sahaja sedar, Allahyarham terpaksa merangkak dari celah runtuhan bangunan untuk menyelamatkan diri sambil menyaksikan ribuan mayat bergelimpangan termasuk rakannya, Allahyarham Nik Yusof.

Pengalaman yang dilalui oleh Allahyarham itu pernah dipentaskan dalam teater bertajuk Hiroshima pada tahun 2008 anjuran bersama USM dan Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Utara.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak iaitu Zuraidah, 63; Dzulkifli dan Dr. Dzuljastri, 54, serta sembilan orang cucu.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota Gombak, selepas solat Zuhur esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.