saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/07/2013

Norhayati tetap untung walaupun jual kuih 10 sen

Norhayati Mohamad menunjukkan juadah yang dijual, jemput-jemput jagung berharga 10 sen sebiji di Stadium Darulaman, Kedah, kelmarin.

ALOR SETAR 18 Julai - Selama 19 tahun harga kuih-muih yang dijual oleh seorang peniaga di bazar Ramadan di pekarangan Stadium Darul Aman di sini tidak pernah berubah iaitu 10 sen sebiji walaupun harga barangan keperluan asas seperti tepung dan gula semakin meningkat.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Norhayati Mohamad, 51, tidak pernah menaikkan harga kuih-muih yang dijualnya dan dengan harga semurah itu dia masih memperoleh keuntungan.

Katanya, antara kuih-muih yang dijual di gerainya pada Ramadan tahun ini ialah donat, cucur jagung, buah Melaka, mini burger dan masak lodeh yang kebanyakannya dibuat sendiri dengan bantuan anak-anak.

"Selalunya saya jual dalam bentuk pakej iaitu 10 biji kuih-muih dengan harga RM1 dan setiap hari sambutan yang diterima daripada pelanggan amat menggalakkan.

"Saya sengaja jual dengan harga murah kerana tidak mahu pelanggan rasa terbeban dengan kos makanan yang semakin meningkat dan selain berniaga, dapat juga saya beramal pada bulan Ramadan ini dengan bersedekah melalui harga kuih-muih yang murah," katanya ketika ditemui di bazar Ramadan di pekarangan Stadium Darul Aman di sini semalam.

Menurut Norhayati, dia hanya berniaga kuih-muih pada bulan Ramadan di bazar kerana mempunyai perniagaan sendiri membekalkan kuih-muih dalam majlis kenduri di sekitar negeri Kedah.

"Setiap hari sepanjang Ramadan saya dan anak-anak akan berjaga selepas waktu sahur untuk menyiapkan kuih-muih.

"Lepas siap semuanya, kami buka gerai di bazar bermula pukul 3 petang hingga 6 petang setiap hari sepanjang Ramadan," ujarnya.

Menurut beliau, walaupun ada pelanggan yang mempersoalkan saiz kuihnya yang kecil, baginya harga yang dikenakan berpatutan dengan saiz kuih yang dijual.

"Kalau kita letak duit syiling 10 sen dengan kuih yang saya jual mesti kuih saya yang lagi besar jadi saya rasa saiz tak penting.

"Yang penting rasa kuih yang saya jual masih enak dan ramai pelanggan memuji rasa kuih yang saya buat sendiri ini," jelasnya.

Mereka yang ingin menikmati kuih-muih yang dibuat sendiri oleh Norhayati, boleh berkunjung ke gerainya di bazar Ramadan di pekarangan Stadium Darul Aman di sini atau menempah di talian 017-4083895.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.