saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/07/2013

Penyakit tidak berjangkit serius

Seorang penduduk menjalani pemeriksaan kesihatan semasa mengunjungi Karnival Kesihatan di Kampung Ayer Terjun, Besut, Terengganu, semalam.- MINGGUAN/AZLAN BAHRUM

BESUT 20 Julai - Beban penyakit tidak berjangkit (NCD) terus meningkat di negara ini dengan berada di tempat teratas dalam senarai 10 penyebab utama kemasukan dan kematian di hospital-hospital Kementerian Kesihatan .

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahya berkata, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 2008 menganggarkan penyakit NCD yang dianggap sebagai suatu pandemik global menyumbang kepada 63 peratus daripada 57 juta kematian seluruh dunia.

"NCD antara lain turut berkait dengan amalan pemakanan dan gaya hidup. Sebagai contoh Malaysia mencatatkan kadar obesiti tertinggi di rantau ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Karnival Kesihatan: Pakar Perubatan Bersama Komuniti Peringkat DUN Kuala Besut 2013, di kampung Air Terjun dekat sini hari ini.

Yang hadir sama Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Anwa Sulaiman.

Menurut Hilmi, kajian kementerian berkenaan pula menganggarkan kira-kira 1.7 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas adalah obes.

"Situasi ini amat membimbangkan kerana obesiti meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes, kardiovaskular, strok dan beberapa jenis kanser.

"Tinjauan Kesihatan dan Morbiti Kebangsaan (NHMS) pada 2011 menunjukkan prevelan penyakit diabetes meningkat 15.2 peratus berbanding 11.6 peratus pada 2006," katanya.

Tambahnya, hipertensi di kalangan orang dewasa yang berusia lebih 30 tahun juga meningkat daripada 32.2 peratus pada 2006 kepada 32.7 pada 2011.

Beliau berkata, di Malaysia terdapat 2.6 juta rakyat dewasa menghidap penyakit diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi, 6.2 juta mempunyai kolesterol tinggi dan 2.5 juta rakyat gemuk.

"Apa yang merunsingkan adalah ramai di kalangan kita yang tidak sedar bahawa kita mempunyai penyakit-penyakit ini yang kebanyakannya merupakan "silent diseases"," ujarnya.

Katanya, NCD boleh dicegah melalui amalan gaya hidup sihat dengan cara bersenam dan pengambilan makanan dengan cara yang betul.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.