saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/07/2013

Pemilik pusat tuisyen peminat ADaP

Sharifah Hafsah Syed Abdul Razak memberi penerangan kepada murid mengenai Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) Utusan Malaysia di Pusat Tuisyen Mawar, Senawang, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

SEREMBAN 22 Julai - Seorang pemilik pusat tuisyen, Sharifah Hafsah Syed Abdul Razak mengakui hanya sisipan pendidikan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) Utusan Malaysia yang menjadi rujukan pembelajarannya sejak sekolah rendah telah menyumbang kepada kejayaan beliau mencapai keputusan peperiksaan cemerlang.

Sharifah Hafsah, 29, Pengetua Pusat Tuisyen Mawar di Senawang, Negeri Sembilan berkata, semasa bersekolah rendah, beliau hanya perlu mengumpul sisipan ADaP setiap minggu untuk setiap mata pelajaran bagi membantu dirinya lebih memahami dan menguasai sesuatu mata pelajaran.

Menurutnya, dengan menggunakan sisipan ADaP, beliau tidak perlu mendapatkan bahan latihan atau nota mata pelajaran buku rujukan yang bersaiz tebal sebaliknya bergantung kepada sisipan ADaP yang juga mengandungi format lengkap dan skil menghadapi peperiksaan yang amat diperlukan oleh murid.

''Saya akan kumpulkan setiap sisipan ADaP setiap minggu dari sekolah rendah hingga ke peringkat menengah, disebabkan ia nipis, jadi mudah dilipat dan dimasukkan ke dalam kocek uniform sekolah.

''Maka, saya akan bawa ke hulu ke hilir sisipan ADaP kerana ia mudah dan sangat berguna dalam membantu meningkatkan pengetahuan saya dalam mata pelajaran tertentu,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pusat tuisyen milik beliau, di sini baru-baru ini.

Hasil kerja keras termasuk komitmennya mengumpul sisipan ADaP setiap minggu sebagai rujukan pembelajaran, Sharifah Hafsah kini berjaya menjadi usahawan muda dan mampu membuka sendiri pusat tuisyen untuk kemudahan murid tahun satu hingga tingkatan enam.

Pusat Tuisyen Mawar Senawang yang baru memulakan operasi tiga tahun dan mencapai 48 cawangan di seluruh negara, kini mempunyai 122 murid dan 25 guru.

Ujar beliau, ADaP sesuai dijadikan bahan rujukan selain buku teks kerana sisipan tersebut dianggap sudah lengkap sekali gus memenuhi keperluan murid.

''Saya mengesyorkan kepada guru agar menggunakan sisipan ADaP ini sebagai bahan bantuan mereka dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

''Selain mudah digunakan, ADaP lebih menarik kerana setiap muka suratnya berwarna, ini tidak akan menjemukan murid sekali gus menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan,'' katanya.

Beliau turut berhasrat untuk memulakan kembali semangat mengumpul sisipan ADaP pada setiap minggu dan akan menyimpannya di perpustakaan pusat tuisyen agar mudah dirujuk oleh murid.

Sementara itu, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sri Pagi, Fazreeq Zulhain berkata, dia mendapati sebahagian kandungan sisipan ADaP menepati kehendaknya sekali gus membantu dirinya melengkapkan diri menghadapi UPSR nanti.

''Sisipan ini juga menyediakan jawapan terus, jadi, mudah dirujuk segera tanpa perlu menunggu keluaran akan datang,'' ujarnya.

Rakannya, Muhammad Afiq Isyraf, 12, berkata, dia tertarik dengan kandungan bahan maklumat pembelajaran mata pelajaran Sains kerana lengkap dan sesuai dijadikan rujukan selain buku teks.

''Saya rasa, kalau kita rajin, kita boleh menjadikan sisipan ini sebagai bahan rujukan tanpa perlu membeli buku rujukan lain yang agak besar dan berat,'' katanya.

Bagi Nurin Jazlina, 12, dia tertarik dengan paparan grafik yang terdapat pada sisipan ADaP yang dilihat lebih berwarna warni dan terdapat sesetengah watak kartun yang menarik.

''Ia agak menyeronokkan dan santai, sesuai dengan kehendak saya yang masih dalam peringkat kanak-kanak malah ruangan jawapan juga turut disediakan, jadi, ia mudah untuk saya membuat perbandingan segera,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zuhur 1:29
Asar 4:46
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.