saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/07/2013

Kantin sementara dipersetujui PIBG

P. Kamalanathan (kanan) dan Irmohizam Ibrahim (dua, kanan) melawat bilik persalinan yang dijadikan kantin sementara di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, semalam.

SUNGAI BULOH 24 Julai - Penggunaan bilik persalinan sebagai kantin sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, Sungai Buloh di sini merupakan keputusan yang dipersetujui dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama pihak sekolah sebelum ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, Yang Dipertua PIBG sendiri mengesahkan perkara berkenaan memandangkan kantin sedia ada tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai sementara menunggu tempat makan itu selesai pengubahsuaian.

"Semalam, Jabatan Pendidikan daerah dan negeri telah datang memeriksa keadaan di bilik persalinan yang digunakan sejak Mac lalu oleh semua murid termasuk guru dan didapati tidak sesuai dan haruslah dihentikan penggunaannya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan sekolah serta melawat bilik persalinan berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Semalam, beberapa gambar tersebar di laman sosial memaparkan sebilangan murid di sekolah itu yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.

Tambah Kamalanathan, kantin sedia ada agak kecil bagi menampung 500 hingga 600 murid, sedangkan jumlah muridnya sebanyak 1,300 orang.

"Oleh kerana kantin yang tidak cukup luas, guru besar ada memberitahu saya bahawa ada murid yang makan di tepi longkang dan sebagainya.

"Jadi, pengubahsuaian perlu dilakukan bagi keselesaan murid. Tambahan pula sepanjang bulan Ramadan, kantin sekolah ditutup untuk kerja pembaikan. Pengubahsuaian ini turut melibatkan penggunaan cermin yang banyak dan itulah menyebabkan guru besar tidak membenarkan murid makan di kantin tersebut, takut terkena kaca sehingga menimbulkan masalah,'' katanya.

Tambahnya, niat guru besar itu baik bagi memastikan sebarang kejadian tidak diingini berlaku semasa kantin dalam pengubahsuaian dan beliau telah memohon maaf terhadap perkara yang telah menjadi perhatian orang ramai itu.

"Saya ingin ingatkan bahawa penggunaan lokasi kantin sementara di bilik persalinan di sekolah ini tidak ada kena-mengena dengan isu agama dan bangsa,'' katanya.

Beliau turut menasihatkan para pentadbir sekolah di seluruh negara supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di sekolah tersebut dan memastikan perkara sama tidak berulang.

Dalam pada itu, Kamalanathan turut menyerahkan sejumlah sumbangan peribadi kepada sekolah berkenaan bagi membolehkan kerja memperbesarkan kantin dilakukan dengan segera.

"Kementerian juga akan mempertimbangkan cadangan memperbesarkan kantin tersebut dan diharap selepas bulan Ramadan, tempat makan itu akan siap dan menjadi lebih luas," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:01
Zohor 1:22
Asar 4:26
Maghrib 7:26
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.