saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/07/2013

‘Produk kecantikan kami bebas bahan kimia berbahaya’

KUALA LUMPUR 24 Julai - Pemilik kilang suplemen kecantikan yang diserbu di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dekat sini semalam meminta pelanggan supaya tidak berasa was-was terhadap produk mereka memandangkan suplemen itu disahkan bebas daripada bahan kimia berbahaya.

Pengasas produk berkenaan, Ainna Ibrahim berkata, pihaknya berani mengeluar dan memasarkan suplemen kecantikan itu selepas disahkan bebas daripada bahan kimia berbahaya hasil ujian yang dijalankan Pusat Lanjutan Perkhidmatan Analisis Toksikologi, Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau berkata, suplemen kecantikan tersebut telah menjalani empat ujian makmal iaitu analisis sildenafil dan tadalafil, analisis glucucorticosteroids, analisis sibutramine serta analisis asid aristolochic.

Katanya, kilang yang diserbu pula dalam proses untuk mendapatkan pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

“Produk dikeluarkan ini sebenarnya untuk kecantikan kulit dan diketegorikan sebagai makanan namun pada Jun lalu, KKM mengeluarkan pekeliling supaya mengubah produk makanan ini menjadi suplemen kesihatan.

“Sebelum membuka kilang sendiri, kami mengusahakan pengeluaran suplemen ini bersama seorang pengusaha di Kedah yang berjanji akan mendapatkan kelulusan KKM dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim)," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Utusan Melayu di sini hari ini.

Ainna tampil menjelaskan mengenai suplemen kesihatan keluaran syarikatnya yang dirampas oleh Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM semalam kerana didapati tidak didaftarkan dengan agensi tersebut.

Serbuan dibuat kerana KKM khuatir suplemen yang menggunakan seorang artis wanita terkenal sebagai duta mungkin dicemari dengan logam berat atau bahan-bahan diharamkan.

Suplemen kecantikan berbentuk tablet berperisa strawberi yang dijual dalam talian itu didakwa mampu mencerahkan kulit, merawat jerawat, ekzema, resdung dan ruam, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan serta mencegah kanser.

Menurut Ainna, pihaknya mengambil keputusan membina kilang sendiri untuk mengeluarkan suplemen tersebut selepas tidak berpuas hati dengan pengusaha yang bekerjasama dengan mereka sebelum ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.