saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/07/2013

Syiah ancam keselamatan negara

Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kupa di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS

PUTRAJAYA 30 Julai - Kementerian Dalam Negeri memperoleh bukti kukuh bahawa penyebaran ajaran Syiah di Malaysia bukan sahaja berbahaya kepada akidah umat Islam malah boleh mengancam keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil siasatan dan pemantauan terhadap gerakan itu mendapati terdapat asas akan berlaku ancaman keselamatan sekiranya ajaran tersebut tidak dibendung.

"Ancaman keselamatan ini lebih daripada yang kita tahu menerusi media, biar saya kata ajaran ini harus disekat dari awal bimbang berlaku seperti di beberapa negara di Asia Barat dan Asia Selatan hingga tercetusnya perpecahan.

"Malah, darah selain daripada mazhab mereka adalah halal dan mereka boleh lakukan apa sahaja terhadap penganut agama lain yang tidak ikut mazhab mereka," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kupa di pejabatnya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan gerakan Syiah di Malaysia semakin agresif mempromosikan ajaran tersebut apabila cuba membina sebuah kompleks di Gombak, Selangor pada awalnya, namun gagal dan memilih lokasi baru iaitu wilayah di sempadan negara jiran, Thailand untuk membina sebuah markas baru dengan dana sebesar RM24 juta.

Menurut Ahmad Zahid, setakat ini pihaknya masih belum menerima bukti kukuh berkaitan pembinaan kompleks tersebut.

Bagaimanapun, tegas beliau, pihaknya akan membendung ajaran itu daripada merebak kerana boleh mengancam keselamatan negara.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan, tindakan yang diambil pihaknya itu bukan bertujuan membelakangi hak istimewa setiap negeri dan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya, mahu memastikan soal keselamatan negara tidak tergugat.

"Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam kita telah membentangkan permasalahan Syiah di Malaysia kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dua minggu lalu dan hasil siasatan ini akan dibentangkan kepada Majlis Raja-raja.

"Kita akan cadangkan hasil siasatan ini kepada Majlis Raja-raja untuk memperakukan penyebaran ajaran Syiah bukan sahaja berbahaya dari aspek akidah tapi juga keselamatan," katanya.

Sementara itu, diminta mengulas penyebaran sebuah video klip di laman sosial yang menghina Islam apabila menonjolkan seorang individu membasuh tangannya dan kaki anjing seolah-olah melakonkan cara orang Islam mengambil wuduk, Ahmad Zahid berkata, pihaknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk menyiasat isu tersebut kerana di bawah kuasa mereka.

"SKMM harus siasat dan cari punca dari akar umbi, tugas kami ialah lakukan penangkapan setelah ada bukti kukuh dan polis tidak akan bertoleransi terhadap pihak mempersendakan Islam," katanya.

Video yang hampir dua minit itu dengan tajuk 'Satu hari di hari raya' dimuat naik dalam YouTube turut menonjolkan individu tersebut meraikan sambutan hari raya bersama beberapa ekor anjing dengan diiringi muzik latar takbir raya dan lagu Satu Hari Di Hari Raya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:11
Asar 4:34
Maghrib 7:07
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.