saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/07/2013

PDRM lancar Op Selamat 3/2013

SUBANG JAYA 30 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan Op Selamat 3/2013 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan berlangsung selama 15 hari bermula 1 Ogos ini.

Pelancaran majlis itu disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Bandar Sunway di sini.

Pada majlis itu, PDRM turut mengumumkan talian bebas tol Op Selamat iaitu 1800-88-1412 yang beroperasi 24 jam bagi orang ramai melaporkan kesesakan, kemalangan, mendapatkan bantuan trafik serta sebarang kejadian pecah rumah sepanjang tempoh tersebut.

Khalid berkata, Op Selamat kali ini masih mengekalkan pendekatan seperti sebelum ini iaitu menasihati pengguna dan meningkatkan penguatkuasaan pihak berkuasa.

"Operasi ini memberi fokus keselesaan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa berada selamat khususnya penunggang motosikal.

"Dalam masa sama, kita akan memastikan rumah yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat daripada kelakuan jenayah," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran operasi itu.

Yang turut hadir timbalan beliau, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, Datuk Seri Salleh Mat Rasid.

Menurut Khalid, buat kali pertama juga operasi kali ini turut melibatkan Angkatan Tentera Malaysia dari Kor Kesihatan.

"Pasukan ini akan menyediakan ambulans dan pegawai-pegawai perubatan di semua lokasi Rawat dan Rehat (R&R) yang mempunyai pasukan "Emergency Response Team" (ERT) kita," ujarnya.

Menurut Khalid, berdasarkan statistik terdahulu, angka kematian melibatkan kemalangan di negara mencatatkan peningkatan sejak 2011.

"Pada tahun lalu, kita telah mencatatkan 6,993 kematian dengan jumlah kenderaan sebanyak 25 juta di negara ini. Jumlah ini jauh lebih rendah di Australia," ujarnya.

Katanya, kesalahan yang banyak dilakukan pengguna jalan raya adalah melanggar lampu isyarat serta tidak memakai topi keledar bagi penunggang motosikal.

Tambah beliau, di akhir operasi nanti, PDRM dan pihak penaja akan menyampaikan Anugerah Pemanduan Berhemah kepada pengguna jalan raya melibatkan pelbagai kategori.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.