saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/08/2013

22 lebuh raya tawar diskaun

PETALING JAYA 1 Ogos - Sebanyak 22 lebuh raya akan menawarkan rebat dan diskaun tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, pemberian diskaun itu bakal memanfaatkan kira-kira 5.4 juta pengguna jalan raya di seluruh negara.

Katanya, sebanyak 17 lebuh raya akan memberi diskaun tol itu bermula dari 7 sehingga 9 Ogos ini.

Selain itu, tambah beliau, sebanyak lima lebuh raya di bawah kendalian Projek Lebuh raya Usahasama Berhad akan menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 5 hingga 6 Ogos ini dan pada 14 hingga 15 Ogos ini.

"Program ini merupakan kesinambungan kepada program tanggungjawab sosial dan korporat (CSR) yang diberikan syarikat-syarikat konsesi untuk perayaan-perayaan utama seperti Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Program Diskaun dan Rebat Tol Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2013.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh.

Dalam majlis itu juga, beliau melancarkan pasukan Rakan Ronda sempena kempen keselamatan jalan raya.

Dalam pada itu, mengenai pasukan Rakan Ronda, Fadillah berkata, orang ramai boleh mendaftar sebagai ahli kepada pasukan tersebut bermula semalam.

Katanya, program itu bertujuan membolehkan orang ramai menjadi ejen kepada kerajaan dalam menyalurkan keadaan semasa trafik sama ada di jalan raya atau lebuh raya terutama sepanjang musim perayaan.

Menurutnya, penubuhan pasukan Rakan Ronda juga bertujuan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan pengguna jalan raya dan lebuh raya di samping berkongsi maklumat seperti kesesakan luar jangka, kemalangan dan kerosakan kenderaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.