saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/08/2013

Pemilihan peserta Projek KE7B Malaysia Greenland 2014 pada 24 Ogos

AKMAR Hisham Mokhles (dua dari kanan) menunjukkan logo Projek KE7B Malaysia Greenland 2014 pada sidang akhbar di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 16 Ogos - Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) sekali lagi mengorak langkah dalam meneruskan misi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa dengan menganjurkan Projek KE7B Malaysia Greenland 2014.

Penasihat Kehormat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, projek berkenaan melibatkan tujuh rakyat Malaysia yang bertuah dan memiliki kekuatan fizikal, mental dan semangat yang kuat untuk menjayakan misi yang dirancang.

Untuk tujuan itu katanya, sesi pemilihan peserta akan diadakan pada 24 Ogos ini pada pukul 7.30 pagi bertempat di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

"Semua rakyat Malaysia yang berusia di bawah 35 tahun dijemput untuk menyertai sesi pemilihan yang memperuntukkan ujian seperti larian sejauh 2.4 kilometer (km) di bawah 10 minit bagi lelaki dan 11 minit bagi perempuan.

"Misi sulung negara merentasi Greenland sejauh 550 kilometer ini akan berlangsung selama 35 hari pada April hingga Mei 2014 dan mengikut perancangan awal, pihak urus setia akan memilih dua peserta perempuan dan lima peserta lelaki," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Akmar Hisham, mereka yang berminat perlu menghantar profil peribadi dalam tiga muka surat melalui e-mel [email protected] com sebelum 21 Ogos, selain perlu bersedia untuk menjalani ujian kepintaran dan pengetahuan am.

"Pada 24 Ogos ini kita akan memilih 30 peserta untuk disenarai pendekkan, sebelum memilih 10 daripada mereka untuk menjalani latihan di luar negara iaitu di New Zealand, Australia dan juga Norway.

"Kita menjangkakan seramai 500 orang daripada pelbagai badan kerajaan dan swasta di Malaysia, termasuk pelajar universiti akan hadir pada sesi ujian 24 Ogos ini," katanya.

Mengulas mengenai Projek KE7B Malaysia Greenland 2014, Akmar Hisham berkata, projek berkenaan akan bermula di Ammassalik dan berakhir di Sondre Stromfjord yang meliputi jarak 550 km.

"Para peserta akan berhadapan dengan cuaca sejuk sehingga negatif 46 darjah Celsius, selain perlu menarik sendiri barangan dan peralatan seberat kira-kira 75 kilogram dengan menggunakan kereta penarik (sledge)," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin Mokhtarruddin berkata, mana-mana badan korporat diminta tampil untuk menjadi penaja bagi membantu belia-belia negara membuktikan kemampuan di persada antarabangsa.

Selain itu katanya, mereka yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Azman Hussin di talian 019-606500 atau 012-3970568 (Zainudin Lot) atau 011-22029522 (Siti Hanisah Sharuddin).

Sebelum ini, KE7B telah melakar pelbagai kejayaan buat rakyat Malaysia seperti pendakian tunjuk puncak tujuh benua 2010-2012, berbasikal dan bermotosikal merentasi 23 negara pada 2008, renangan perpaduan Selat Inggeris 2012 dan kejayaan terbaru Projek Everest Felda 2013.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.