saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/08/2013

Kongsi tanggungjawab kekal aman

Najib Tun Razak menyaksikan Dr. Mahathir Mohamad (kanan) menyampaikan Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global kepada Nelson Mandela yang diwakili Jacob Zuma di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 27 Ogos - Perdana Menteri menggesa semua negara berkongsi tanggungjawab secara menyeluruh bagi mewujudkan suasana aman yang berkekalan untuk memastikan masa depan yang lebih baik.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana kemajuan yang diperjuangkan selama berabad dan juga memperoleh pencapaian luar biasa adalah tidak bernilai jika tidak boleh hidup aman sesama sendiri.

Malah, beliau berkata, komuniti antarabangsa kini turut berdepan dengan cabaran terbesar iaitu usaha mewujudkan keamanan bukan hanya untuk hari ini tetapi pada setiap masa.

"Cabaran tersebut mesti dihadapi secara kolektif supaya keamanan yang dicapai berasaskan kepada persetujuan bersama dan bukannya dikuat kuasa melalui kekuasaan atau paksaan.

"Keamanan hanya boleh dicapai jika kita semua bersedia menggantikan konflik dengan sesi dialog yang konstruktif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada majlis itu, Dr. Mahathir menyampaikan anugerah sepanjang hayat untuk keamanan dan kebebasan bagi Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang diwakili oleh Zuma.

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan anugerah pengiktirafan keamanan global sepanjang hayat kepada Dr. Mahathir bagi Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global.

Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global adalah anugerah keamanan antarabangsa yang disumbangkan Yayasan Keamanan Global Mahathir yang ditubuhkan bagi menyumbang kepada usaha keamanan di seluruh dunia.

Justeru itu, Najib berkata, dunia sepatutnya mencontohi semangat dan dedikasi Dr. Mahathir dalam menentang apa jua peperangan yang tercetus di dunia pada hari ini.

"Bercakap dalam persidangan di seluruh dunia Dr. Mahathir hanya menyampaikan mesej yang ringkas tetapi padat iaitu peperangan tidak sepatutnya menjadi pilihan untuk mewujudkan keamanan.

"Anugerah ini adalah satu lagi demonstrasi komitmen peribadi Dr. Mahathir yang mendalam kepada perjuangan itu," katanya.

Beliau berkata, amat jarang berlaku apabila seorang pemimpin sebuah negara diangkat menjadi ikon global dalam bidang tertentu.

"Hanya segelintir yang mendapat pengiktirafan sedemikian. Mereka bukan setakat dikenali rakyat sendiri dan gelaran mereka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.