saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/08/2013

Murid tahun 6 dikhuatiri lemas

Ayah mangsa, Ibrahim Mat sayu melihat tempat Mohamad Muslim (gambar kecil) dihanyutkan arus sungai ketika mandi di Kampung Maka, Labok, Machang, Kelantan, semalam.

MACHANG 30 Ogos - Seorang murid tahun enam dikhuatiri mati lemas setelah dihanyutkan arus semasa mandi di Sungai Kelantan di Kampung Maka, Labok, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, Mohamad Muslim Ibrahim, 12, dihanyutkan arus ketika mandi bersama tiga sahabatnya di sungai yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.

Bagaimanapun sehingga pukul 4.30 petang ini, mangsa masih belum ditemui dan usaha mencarinya masih giat dilaksanakan anggota penyelamat.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nordin Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.25 petang.

"Usaha mencari dilakukan sejak pukul 4 petang dan berakhir pukul 7 malam sebelum disambung sejak pukul 9 pagi ini.

"Seramai 70 anggota penyelamat daripada bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Sahabat Keselamatan Tanah Merah-Machang-Jeli (SKTMJ) dan anggota skuba Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kota Bharu dan Pengkalan Kubor," katanya di tempat kejadian hari ini.

Sementara itu, rakan mangsa, Mohd. Aman Abdullah, 10, yang turut mandi bersamanya berkata, semasa kejadian dia bersama mangsa dan dua lagi rakan, Nor Azaruddin Nor Afandi, 10, dan Mohd. Khairul Ridwan Mat Sawi, 12, pergi ke sungai itu untuk mandi.

"Sebaik sahaja kami tiba, Mohamad Muslim telah masuk ke dalam sungai dan pergi lebih jauh daripada kami semua.

"Kami nampak tubuhnya ke belakang seperti ditarik arus. Mohd. Khairul Ridwan cuba untuk membantu tetapi gagal," katanya.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Fatimah Mail, 47, berkata, anaknya baharu pulang dari sekolah sebelum kejadian itu.

"Saya sedang tidur dan dengar suara anak saya itu kata mahu keluar sekejap, dia salin baju sekolah dan terus keluar tanpa makan tengah hari.

"Tak lama selepas itu, ada kawannya datang ke rumah beritahu yang anak saya lemas di sungai," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.