saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/09/2013

Jangan naik harga barang - Hasan

Kenderaan beratur untuk mengisi minyak sebelum kenaikan harga minyak mulai tengah malam tadi di stesen minyak Petronas Alam Damai, Cheras, semalam. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Antipencatutan dan Kawalan Harga sekiranya ada peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati ekoran kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, pihaknya mengingatkan golongan peniaga supaya tidak sesuka hati mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

Kata beliau, sekiranya ada peniaga yang berdegil dengan menaikkan harga barangan, pihak kementerian tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mereka.

"Kami telah buat kajian, pengurangan subsidi minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen ini tidak memberi kesan drastik kepada kos perniagaan, hanya sekitar 0.1 peratus sahaja.

"Jadi, saya nasihatkan golongan peniaga di luar sana supaya tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan. Sekiranya kami dapati ada peniaga yang berbuat demikian, tindakan di bawah Akta Antipencatutan, Akta Kawalan Harga dan sebagainya akan dikenakan," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Beliau ditanya mengenai jaminan tiada kenaikan harga barangan keperluan ekoran kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Mengulas lanjut, Hasan memberitahu, Ops Harga yang dilancarkan sejak awal tahun masih berjalan dan pihak kementerian akan terus turun padang bagi memastikan harga barangan tidak dinaikkan sesuka hati oleh para peniaga.

"Penguatkuasaan akan dilaksanakan setiap masa. Kementerian sentiasa menggerakkan 1,845 anggota termasuklah 1,071 pegawai pemantau harga di seluruh negara bagi memastikan tiada peniaga yang menaikkan harga terutamanya barang kawalan sesuka hati.

"Kami akan sentiasa memastikan harga barangan di pasaran sentiasa dalam keadaan stabil dan tidak membebankan pengguna," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.