saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/09/2013

Sabah, Sarawak amat memerlukan Akta Pencegahan Jenayah diperluas ke Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyokong sepenuhnya cadangan supaya pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 turut terpakai dan diamalkan di Sabah dan Sarawak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, ini kerana ketiadaan akta tersebut di Sabah dan Sarawak ketika ini menyebabkan polis sukar membendung aktiviti kongsi gelap di dua negeri berkenaan.

Beliau berkata, akibat tiada undang-undang khas yang boleh mengawal kumpulan kongsi gelap selepas Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan, kumpulan kongsi gelap terutama di Sarawak berani meluaskan pengaruh mereka sehingga menjejaskan ekonomi dan kehidupan penduduk di negeri itu.

Katanya, walaupun hanya terdapat 16 kumpulan kongsi gelap dengan keahlian hanya seramai 941 orang di Sarawak tetapi kumpulan samseng itu begitu berkuasa di negeri berkenaan.

"Kumpulan samseng ini mengawal sektor pengangkutan menyebabkan semua barang yang diangkut untuk dijual di pasaran atau dieksport keluar dari Sarawak dikawal harganya oleh mereka," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Menurut Abdul Jalil, kumpulan kongsi gelap didominasi oleh kaum Cina yang paling banyak di daerah Sibuti dan Sungai Merah, Sarawak mengawal aktiviti perniagaan termasuk pembalakan dengan meminta wang perlindungan dan akan mencetuskan kekacauan jika arahan mereka tidak dipatuhi.

Berikutan itu, beliau berkata, harga barangan keperluan harian termasuk yang dikawal oleh kerajaan seperti gula dan telur boleh melambung tinggi kesan pengaruh kumpulan kongsi gelap tersebut.

Katanya, kegiatan mengawal ekonomi itu menjejaskan kehidupan penduduk tempatan terutama mereka yang berpendapatan rendah apabila terpaksa membeli barang-barang keperluan harian dengan harga lebih mahal.

"Dulu semasa ada EO, kita masih boleh mengawal kumpulan kongsi gelap ini tetapi sekarang agak sukar kerana sudah tiada undang-undang khas yang boleh diguna pakai di Sabah dan Sarawak untuk menangani kumpulan haram tersebut.

"Keadaan itu berbeza dengan kongsi gelap di Semenanjung yang masih boleh dikawal menggunakan PAC 1959, namun tidak di Sabah dan Sarawak memandangkan akta terbabit diwujudkan sebelum dua negeri tersebut menyertai Malaysia pada 1963," jelasnya.

Semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan draf pindaan PAC 1959 yang sedang dirangka akan memberikan kuasa yang lebih menyeluruh kepada PDRM dalam aspek pencegahan jenayah.

Beliau berkata, draf berkenaan yang sedang diteliti oleh Jabatan Peguam Negara dan dibentang di Parlimen bagi kelulusan pada 23 September ini turut dipastikan akan terpakai dan diamalkan di Sabah dan Sarawak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.