saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/09/2013

TPM lancar PPPM 2013-2025

Muhyiddin Yassin (tengah) menunjukkan buku laporan akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kepada Idris Jusoh semasa pelancaran pelan itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) P. Kamalanathan, Dr. Madinah Mohamad, Mary Yap Kain Ching dan Abdul Ghafar Mahmud.

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara serta dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi.

Malah, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan turut meletakkan harapan tinggi supaya pendidikan yang menjadi teras kepada pelan berkenaan berperanan sebagai tunjang kepada proses transformasi negara.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan menambah, pelan tersebut lahir selepas proses pencernaan daripada pelbagai pihak sejak dua tahun lalu dan merupakan rangka yang terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh dan mencakupi semua lapisan masyarakat.

“Hari ini, kementerian dengan rasa rendah hati memulangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 kepada rakyat dengan pelbagai rangka tindakan yang telah digalurkan sebagaimana yang diinginkan rakyat untuk kepentingan rakyat seluruhnya," katanya.

Beliau berucap melancarkan pelan itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Yang turut hadir Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Muhyiddin berkata, menerusi PPPM, kerajaan tidak berhasrat meminggirkan mana-mana aliran persekolahan malah akan memastikan setiap murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan mendapat akses, ekuiti dan kualiti pendidikan.

Sehubungan itu, tambahnya, kewujudan sekolah jenis kebangsaan (SJK) di bawah pelan tersebut dijamin Akta Pendidikan 1996 (Seksyen 28) sekali gus kedudukan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah berkenaan juga tidak dinafikan sama sekali.

Malah, menurutnya, pelan itu tetap mempertahan dasar pendidikan sedia ada berasaskan kepada Akta Pendidikan.

“Kementerian juga akan terus memartabat bahasa Melayu demi menjunjung semangat perpaduan dan jati diri kebangsaan yang kukuh dalam kalangan masyarakat.

“Mata pelajaran Bahasa Inggeris turut diberi perhatian utama dan seperti yang telah diumumkan awal tahun ini, subjek itu akan dijadikan mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) wajib lulus menjelang 2016," katanya.

Dalam konteks perguruan pula, Muhyiddin turut mengumumkan pelantikan pengetua atau guru besar tidak lagi berdasarkan kepada kekananan sebaliknya berdasarkan kebolehan dan merit.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, ujar beliau, sebanyak 4,000 pengetua atau guru besar akan menamatkan perkhidmatan sekali gus membuka peluang kepada calon-calon berkelayakan dan berprestasi tinggi mengisi kekosongan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.