saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/09/2013

Ketua Polis Negara bidas Edmund

KHALID Abu Bakar melancarkan kolaborasi strategik PDRM bersama Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia sambil diperhatikan Ayob Yaakob (kanan), Mahdi Morad (dua dari kanan) Mohamed Azmi di Bukit Aman Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membidas kenyataan Penyelaras Pusat Perlembagaan dan Hak Asasi Malaysia, Edmund Bon yang menyarankan ibu bapa menyaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah disoal siasat oleh pasukan itu tanpa kebenaran.

Menurut Khalid, polis mempunyai hak untuk menyoal siasat kanak-kanak di bawah umur tanpa kebenaran atau kehadiran ibu bapa dan penjaga mereka bagi kes-kes tertentu.

"Polis ada cara apabila menyoal kanak-kanak, sebab itulah kita mempunyai Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) yang dikhususkan bagi siasatan kes melibatkan kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dengan kehadiran pegawai kebajikan, penjaga atau ibu bapa.

"Namun dalam kes-kes tertentu kita boleh soal kanak-kanak ini tanpa perlu memanggil ibu bapa mereka," katanya dalam sidang akhbar sempena pelancaran kolaborasi strategik PDRM bersama Persatuan Bank-bank dan Perbankan Islam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah, Datuk Ayob Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif AMIslamic Bank Berhad, Datuk Mahdi Morad serta Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan AMBank, Datuk Mohamed Azmi.

Beliau mengulas kenyataan Edmund di dalam sebuah portal berita pada 5 September lalu, yang mendakwa tindakan polis menyoal murid Sekolah Kebangsaan Sri Pristina Sungai Buloh dekat sini berhubung kontroversi pelajar makan dalam tandas adalah menyalahi Seksyen 113 Akta Kanak-Kanak 2001.

Khalid berkata, perkara-perkara seperti itu tidak perlu dijadikan isu dan janganlah ada pihak yang mengugut untuk menyaman polis ketika pasukan tersebut masih menjalankan siasatan terhadap kes-kes tertentu.

Beliau berkata, justeru PDRM akan meneruskan dengan tindakan yang diambil seperti sebelum ini.

Sementara itu, mengenai kolaborasi strategik PDRM dan pihak bank-bank terbabit, Khalid berkata, langkah tersebut bertujuan mendidik serta memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung penipuan kewangan yang melibatkan perbankan secara atas talian atau konvensional.

"Inisiatif ini melibatkan perkongsian pautan tip pencegahan jenayah kewangan melalui portal rasmi PDRM ke laman web atau portal bank komersial dan bank Islam," ujarnya.

Beliau berkata, antara kes jenayah siber yang mencatatkan rekod tertinggi adalah penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon iaitu 542 kes yang melibatkan kerugian mencecah RM5.8 juta pada tahun lepas.

"Penipuan melalui bungkusan juga adalah yang tertinggi dengan 814 kes melibatkan kerugian sebanyak RM33.6 juta pada tahun lalu," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.