saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/09/2013

1,000 pasar tani diwujudkan

ISMAIL Sabri Yaakob (tiga dari kiri) menyampaikan cek TEKUN dalam majlis perjumpaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama pemimpin Peladang Peringkat Negeri Sabah, di Keningau, semalam.

KENINGAU 9 Sept. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mewujudkan 1,000 pasar tani di seluruh negara menjelang 2014 bagi memperkasakan lagi industri pertanian di negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kewujudan pasar tani itu akan memberi peluang kepada para peladang memasarkan terus hasil pertanian mereka kepada pengguna.

"Ini sesuai dengan konsep dari ladang ke meja iaitu petani terus menjual hasil mereka kepada pengguna dan konsep ini akan diperluaskan di seluruh negara," katanya ketika berucap dalam majlis perjumpaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama pemimpin Peladang Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Sairin Karno dan Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi.

Dalam majlis itu, Ismail Sabri mengumumkan tambahan peruntukan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) sebanyak RM30,000 setahun menjadikan peruntukan itu RM80,000 bagi setiap kawasan Parlimen.

Menurut beliau, konsep itu dapat menghindarkan golongan petani, penternak dan nelayan daripada dimainkan 'orang tengah' yang sering menentukan harga.

Justeru katanya, konsep tersebut mampu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan golongan petani, penternak dan nelayan secara berterusan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut mengumumkan penubuhan Pejabat Yayasan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) bagi kawasan Pensiangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.