saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/09/2013

Perancis pamer persembahan bunga api 13 Sept.

PUTRAJAYA 11 Sept. - Persembahan bunga api berirama dari Perancis bakal menerangi ruang angkasa Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada Jumaat ini bersempena Pertandingan Bunga Api Antarabangsa 2013.

Tepat pukul 10 malam, orang ramai boleh menyaksikan persembahan selama 25 minit tanpa henti itu di Marina Putrajaya atau di puncak Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara percuma.

Malaysia dan Korea Selatan telah mempamerkan persembahan masing-masing pada malam 30 dan 31 Ogos lalu sempena sambutan Ambang Kemerdekaan.

Penganjur pertandingan, Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan rakan penganjurnya, Duago Corporation Sdn. Bhd. yakin jumlah pengunjung yang akan datang menyaksikan pertandingan kali ini mencecah jutaan orang.

PPj dalam kenyataannya menyebut, pelbagai corak persembahan bakal disajikan oleh negara-negara peserta dengan menerapkan elemen-elemen kebudayaan dan keunikan negara mereka.

"Pengunjung harus merebut peluang untuk menyaksikan sendiri keajaiban dan keindahan bunga api dari Perancis yang amat terkenal sebagai kota fesyen," kata kenyataan itu.

China bakal mengadakan persembahan pada 14 September diikuti Amerika Syarikat keesokannya manakala Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 2 Oktober depan.

Tambah kenyataan itu lagi, PPj berusaha menjadikan pertandingan Bunga Api Antarabangsa sebagai salah satu kalendar acara tahunan untuk menarik kedatangan pelancong ke Putrajaya.

Sebagai alternatif, pengunjung boleh menaiki kereta api laju Express Rail Link (ERL) ke Putrajaya Sentral dan seterusnya perkhidmatan bas pengantara ke tapak pertunjukan bagi mengurangkan kesesakan lalu-lintas.

Sebarang maklumat lanjut tentang pertunjukan ini bolehlah melayari laman web www.ppj.gov.my atau www.pyrobeatfestival.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.