saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/09/2013

Pantau guru yang menentang PPPM - Idris

KOTA BHARU 15 Sept. - Pengarah Pendidikan di setiap negeri diminta supaya memantau guru-guru yang menentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) secara terang-terangan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebagai kakitangan kerajaan mereka sewajarnya menyokong polisi yang dilaksanakan dan bukannya menyerang secara membuta tuli.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menghalang sekiranya golongan pendidik mahu mengkritik PPPM tetapi ia harus dilakukan mengikut saluran yang betul.

"Kalau hendak kritik, boleh kritik tetapi beritahu kepada saya, saya terbuka, saya lihat dalam pelaksanaan ada kelemahan yang perlu kita baiki tetapi tidak secara keseluruhan pelan ini tidak betul dan mengatakannnya ia satu kesilapan yang besar.

"Kalau dalam pelaksanaan ada kesilapan saya terbuka untuk kita betulkan, emel kepada saya, [email protected], dalam keadaan sekarang tidak ada apa yang perlu ditutup, kalau ada kelemahan kita sanggup perbaiki, jangan ada secara terus-terusan menyerang kerajaan," katanya kepada pemberita selepas Seminar PPPM 2013-2025 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.