saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/09/2013

Rumah Mampu Milik diperbanyak untuk aset Bumiputera - PM

KUALA LUMPUR 20 Sept. -- Kerajaan akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik bagi memastikan kaum Bumiputera tidak ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, langkah itu akan dilaksanakan di bawah fokus ketiga Strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

"Kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Berhad, dan kerajaan negeri akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik kepada kaum Bumiputera di seluruh negara," katanya dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Sabtu lepas, Najib mengumumkan langkah dan strategi baharu bagi memperkasa ekonomi Bumiputera, berpayungkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB), yang akan ditubuhkan tidak lama lagi dan dipengerusikan beliau sendiri.

MEB akan menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dalam melaksanakan lima strategi utama sebagai kelangsungan implementasi agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Antara strategi itu ialah menangani Bumiputera yang masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial. -- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.