saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/09/2013

Pesalah Akta Pencegahan Jenayah 1959 boleh ditahan 2 tahun

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah mengarahkan seseorang yang ditangkap di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) boleh ditahan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.

Bukan itu sahaja, malah rang undang-undang itu turut memberi kuasa kepada lembaga berkenaan melanjutkan tempoh tahanan selama dua tahun lagi sekiranya didapati perlu demi kepentingan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah.

Rang Undang-undang tersebut telah dibaca buat kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, di bahagian huraian rang undang-undang berkenaan, ada disebutkan tujuan Akta 297 itu diubah.

Menurut rang undang-undang itu, ini bertujuan membenarkan kemasukan penahanan tanpa pertuduhan jenayah atau tanpa perbicaraan sebagaimana yang terdahulu diperuntukkan di dalam Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, Akta 297 hendaklah diubah kepada undang-undang yang dibuat menurut Perkara 149 Perlembagan Persekutuan dan pemakaiannya diperluas ke seluruh Malaysia.

Selain itu, antara perkara utama terdapat di dalam rang undang-undang berkenaan ialah penubuhan Lembaga Pencegahan Jenayah bagi menggantikan menteri dan perkara itu merupakan seksyen baharu (seksyen 7b dan 7c) yang dimasukkan ke dalam akta berkenaan.

Menurut rang undang-undang itu, anggota-anggota lembaga tersebut dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan dipengerusikan sama ada Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi serta dua ahlinya.

Dengan kewujudan lembaga itu, seksyen 9 Akta 297 telah dipinda dengan menggantikan setiap perkataan menteri kepada perkataan lembaga. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.