saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/10/2013

Pameran 1001 Inventions cipta kelainan

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Malaysia berbangga dipilih sebagai destinasi pertama penganjuran pameran antarabangsa terbaik di Eropah, 1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun Muslim yang dibawakan khas dari United Kingdom (UK).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pameran itu akan dibawa ke negeri-negeri lain sepanjang tiga tahun berada di Malaysia supaya segenap lapisan masyarakat di negara ini termasuk di luar bandar mendapat manfaat daripada penganjurannya.

''Saya berbangga apabila dimaklumkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bahawa Malaysia merupakan destinasi pertama untuk pameran 1001 Inventions.

''Saya berharap pameran seumpama ini mempunyai peranan sendiri terutama dalam meningkatkan minat pelajar dalam bidang sains,'' katanya semasa berucap dalam majlis perasmian Pameran 1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun Muslim di Pusat Sains Negara di sini hari ini.

Pameran tersebut dibuka setiap hari kepada orang ramai sejak 31 Ogos sehingga 28 Februari tahun depan dengan bayaran masuk bagi dewasa RM20, kanak-kanak RM15 (7-17 tahun dengan kad pelajar), warga emas dan prasekolah RM6.

Pengarah Urusan dan Penerbit 1001 Inventions, Ahmed Salim berkata, 1001 Inventions memaparkan pelbagai jenis pameran, permainan berteknologi tinggi, paparan interaktif dan penceritaan yang menghidupkan kembali peranan bersejarah tokoh-tokoh dari era tamadun muslim.

Jelas beliau, pameran tersebut telah menerima lebih daripada tiga juta pengunjung di lokasi-lokasi ternama seperti di London, New York, Los Angeles, Washington D.C, Istanbul, Abu Dhabi dan Dharan.

Katanya, 1001 Inventions dipilih sebagai pameran jelajah yang terbaik di dunia oleh Muzium Anugerah Kecemerlangan dan Kebudayaan di London pada 2011 dan kini mempunyai lebih daripada tiga juta peminat dalam talian di Facebook dan Twitter.

''Pameran ini adalah alat pendidikan berkesan dalam menghidupkan sejarah tamadun Muslim melalui kaedah-kaedah berteknologi tinggi, menyeronokkan serta menambat hati kanak-kanak dan orang dewasa.

Jam Gajah yang menakjubkan hasil ciptaan jurutera mekanikal Islam terkenal, Al-Jazari diyakini menjadi tarikan utama pengunjung, selain lima zon interaktif ciptaan gemilang tamadun muslim pada pameran tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.