saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/10/2013

150 penyelidik negara cemerlang di Antartika

PULAU PINANG 8 Okt. - Biarpun tidak memiliki stesen penyelidikan sendiri di Antartika, sebanyak 150 penyelidik muda dari Malaysia yang sedang membuat kajian peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah di benua itu mampu membanggakan negara.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, jika kecemerlangan tersebut diteruskan tidak mustahil Malaysia mampu memiliki stesen penyelidikan sendiri di Antartika sekali gus melonjak nama negara di peringkat antarabangsa.

Baginda bertitah, menjadi visi kerajaan kejayaan di Antartika dikongsi bersama seluruh dunia dan penyelidikan berkenaan dapat dikekalkan.

"Hasil usaha yang ditonjolkan Malaysia menerusi 'Persoalan Tentang Antartika' yang dibangkitkan dalam Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu secara tidak langsung menjadikan Sistem Perjanjian Antartika (ATS) lebih telus kepada negara ahlinya.

"Penyertaan Malaysia dalam ATS juga adalah langkah tepat untuk membolehkan negara mempelbagaikan sumber bagi meneruskan penyelidikan di Antartika," titah baginda yang juga Penaung Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) ketika merasmikan Seminar Antarabangsa Antartika Malaysia Keenam di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin dan Pemangku Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof. Datuk Dr. Ahmad Shukri Mustapha Kamal.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Azizan Abu Samah berkata, Malaysia akan menjadi negara Asia pertama menganjurkan Persidangan Jawatankuasa Saintifik bagi Penyelidikan Antartika yang menggunakan format baharu pada 2016.

Menurutnya, penyelidikan dan penerokaan Antartika mampu membawa faedah kepada negara dan sejagat yang menghasilkan pelbagai fenomena unik seperti lohong ozon, ikan yang mempunyai protein penghalang beku dan pelbagai fenomena yang belum dikaji sebelum ini.

"Pada masa ini terdapat 27 negara yang telah memiliki stesen penyelidikan di Antartika dan kita akan menyertai mereka, namun apa yang penting adalah sokongan kerajaan serta kajian menyeluruh mengenai keperluan pembinaan stesen berkenaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.