saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/10/2013

Ramli Sarip, Rosyam Nor, Kim Swee dianugerah gelaran Datuk

ROSYAM Nor menerima D.P.S.M yang membawa gelaran 'Datuk' pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Kelahiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob Ke-75 di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh Melaka, semalam.

MELAKA 13 Okt. - Penyanyi rock kumpulan Sweet Charity, Ramli Sarip, pelakon, pengarah dan penerbit drama, Rosyam Nor serta jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee merupakan antara penerima darjah kebesaran Melaka hari ini.

Mereka sebahagian daripada 427 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran sempena Hari Kelahiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob Ke-75 bagi sesi kedua yang berlangsung di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Ramli dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) Kehormat manakala Rosyam dan Kim Swee menerima anugerah DPSM yang membawa gelaran Datuk.

Ketika ditemui pemberita, Ramli berkata, anugerah yang diterimanya itu adalah penghargaan yang tidak pernah difikirkan beliau selama ini.

"Ini satu penghargaan dan penghormatan atas dorongan peminat yang terus menyokong saya untuk terus berkarya.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri yang telah mengiktiraf saya sebagai individu yang berkarya di negara ini dalam bidang seni tanpa sempadan serta menyalurkan bahan dan informasi dalam seni menerusi cara tersendiri," katanya.

Sementara itu, Rosyam berkata, anugerah kebesaran tersebut merupakan pengiktirafan terhadap usaha keras beliau sepanjang bergelar anak seni.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana melihat usaha saya dan anak-anak seni tempatan dalam memperjuang bidang seni dan budaya.

"Status Datuk yang diterima ini merupakan tanggungjawab begitu besar yang perlu dipikul supaya saya dapat bekerja lebih kuat, bukan hanya untuk diri sendiri, malah untuk industri seni tanah air," katanya.

Sementara itu, Kim Swee pula memberitahu, anugerah tersebut amat bermakna, apatah lagi beliau merupakan anak kelahiran Melaka.

"Sudah tentu anugerah ini akan memberi lebih motivasi untuk saya berusaha demi memajukan bidang bola sepak di negara kita," katanya.

Dalam majlis sama, beberapa tokoh turut dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira antaranya Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mortadza Nazarene, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib; Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad dan Pengerusi PT Swift Marketing Sdn. Bhd., Datuk Pua Kim An.

Dua individu lain dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk iaitu Pengarah Infantri Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dan Datuk Cheong Kwee Heng.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.