saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/10/2013

Peserta berlatih tarik tayar persediaan ke Greenland

sebahagian peserta Projek KE7B Malaysia Greenland 2014 menarik tayar dan beg galas seberat 75 kilogram dalam latihan dekat bulatan Genting Sempah, Pahang, semalam. - utusan/nasirruddin yazid

GENTING SEMPAH 20 Okt. - Semangat 26 peserta yang meneruskan latihan berjalan kaki dalam hujan sambil mengheret sebiji tayar dengan bebanan beg galas seberat kira-kira 75 kilogram sejauh 16.7 kilometer membuktikan anak muda Malaysia mampu melakukan sesuatu yang mustahil.

Latihan yang diketuai oleh jurulatih, Muhamad Illaham Ishak, 37, dan dibantu oleh beberapa kru dari Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) itu bermula dari Batu 13 1/2 (KM21.7) Jalan Bentong Lama menuju ke Hentian Rehat Genting Sempah di KM38.4.

Agak mengujakan apabila pengguna jalan raya sanggup berhenti untuk memberikan sokongan moral dan segelintir yang lain bergambar dengan para peserta yang tidak mengenal lelah meneruskan latihan.

Salah seorang peserta, Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid, 24, dari Lumut, Perak, berkata, latihan yang bermula pada pukul 6.30 petang, Sabtu lalu (19 Oktober) lebih mencabar kerana hujan di pertengahan jalan.

Menurutnya, beliau telah mengikuti tiga latihan sebelumnya iaitu di Gunung Nuang, Selangor; Cameron Highlands, Pahang dan Trans Slim, Perak.

"Saya merasakan latihan di Genting Sempah ini paling mencabar kerana hujan dan permukaan jalan raya pula agak kesat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Kesemua peserta tiba dekat sebuah jambatan berhampiran Hentian Rehat Genting Sempah pada pukul 6 pagi, semalam.

Ini bermakna keseluruhan perjalanan mereka adalah hampir 12 jam.

Rakannya, Mohd Rejab Taharuddin, 24, dari Kampung Siliau, Rantau, Negeri Sembilan, pula berkata, mereka hanya berhenti untuk menunaikan solat di sepanjang perjalanan itu.

"Kalau kami berhenti nak minum pun, tak lama. Selebihnya, kami berjalan walaupun dalam hujan," katanya.

Seorang lagi peserta, Tengku Ahmad Sufian Tengku Ibrahim, 30, dari Kuala Lumpur berkata, walaupun bahunya terasa perit kerana menarik bebanan tayar dan beg galas, namun kesakitan itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan latihan.

"Saya dapat habiskan latihan kerana selain semangat, saya dapat sokongan daripada rakan-rakan," katanya.

Menurutnya, latihan sebegini bagus untuk menguatkan fizikal kerana apabila berada di Greenland kelak, mereka perlu menarik bebanan yang mungkin lebih berat sejauh 550 kilometer selama 35 hari.

Siti Shafikah Anuar, 23, pula berkata, pengalaman berjalan sepanjang malam tanpa tidur merupakan satu cabaran yang lain daripada lain.

"Biasanya waktu malam adalah waktu rehat di rumah, jadi apabila kudrat dikerah untuk melakukan aktiviti lasak sepanjang malam, tentulah mencabar," katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Illaham berkata, kesemua 26 peserta terbabit akan menjalani ujian kepantasan berlari sejauh 2.4 kilometer pada Sabtu ini di Stadium Bukit Jalil.

Menurutnya, daripada keputusan ujian larian dan beberapa ujian fizikal lain yang juga akan diadakan pada hari tersebut, hanya 15 peserta akan dipilih untuk menjalani latihan berikutnya di New Zealand pada akhir November 2013.

Beliau juga berkata, sekembalinya mereka dari New Zealand kelak, hanya tujuh peserta akan dipilih untuk menjayakan projek KE7B Malaysia Greenland 2014.

Projek itu akan diadakan pada bulan April dan Mei tahun depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.