saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/10/2013

Pembangkang sokong Comango?

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Keberanian Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) mengemukakan tuntutan yang menyentuh sensitiviti umat Islam kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dipercayai ada kaitan dengan sokongan pembangkang.

Ketua Delegasi Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) ke Geneva, Azril Mohd. Amin walau bagaimanapun berkata, sokongan yang diberikan pembangkang itu telah menyemarakkan lagi semangat delegasi Islam dari Malaysia untuk berjuang bagi mempertahankan kesucian agama Allah tersebut daripada dihina.

Jelasnya, penglibatan beberapa pemimpin pembangkang bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara berterusan mempersoal kesucian agama Islam dengan berselindung di sebalik topeng hak asasi manusia termasuk dalam soal murtad bukan lagi menjadi rahsia.

Dalam pada itu, menyentuh tentang dakwaan Comango ketika membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB beberapa hari lalu kononnya gabungan itu ditekan MuslimUPro, Azril berkata, perkara tersebut kebudak-budakkan, selain mahu mengalih isu.

"Sebelum ini Comango mendakwa kita tidak membaca tuntutan yang dikemukakan mereka tetapi apabila kita mendedahkan segala tuntutan yang secara jelas mencabar kesucian Islam, mereka tuduh menekan pula. Ini semua alasan kebudak-budakkan bagi mengalih isu.

"Mereka sepatutnya jawab secara spesifik kenapa semua tuntutan itu dibangkitkan kerana jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Apa motif sebenar mereka mencabar kesucian Islam?," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Comango akan mengemukakan tuntutan antaranya hak kebebasan mengamalkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kebebasan murtad serta kesamarataan agama kepada Majlis Hak Asasi Manusia, di Geneva Switzeland kira-kira pukul 2.30 petang ini (8.30 malam waktu tempatan).

Menurut Azril, seluruh umat Islam di Malaysia bukan sahaja perlu berdoa kepada Allah tetapi mesti bersatu dan mengetepikan segala perbezaan politik bagi memastikan cubaan Comango yang ditaja pihak tertentu berjaya dipatahkan demi menjaga kesucian Islam.

"Bagi MuslimUPro kami akan melakukan yang terbaik dan bekerjasama dengan semua pihak berkenaan terutama negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam mendepani cabaran dari negara yang mungkin cenderung untuk berpihak kepada Comango," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.