saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/10/2013

Buku Mokhtar Dahari dilancar

Sultan Sharafuddin Idris Shah melancarkan buku Mokhtar Dahari: Legenda Bola Sepak Malaysia sambil diperhatikan Tengku Zarina Tengku Ibrahim di Istana Alam Shah, Klang, Selangor, semalam. - Bernama

KLANG 25 Okt. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan buku Mokhtar Dahari: Legenda Bola Sepak Malaysia di Istana Alam Shah Klang, di sini.

Pelancaran buku yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBM) itu disempurnakan oleh baginda dalam satu majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd. Khair Ngadiron dan balu Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim.

Buku tersebut yang merupakan ilham baginda sendiri diterbitkan sebagai penghargaan kepada Allahyarham atau dikenali sebagai Supermokh selaku penyerang terbaik dalam sukan bola sepak tanah air yang pernah dilahirkan di negara ini.

Buku tersebut turut memuatkan pelbagai koleksi gambar Allahyarham dalam sukan bola sepak tanah air ketika kemuncak kariernya pada 1972 hingga 1976 termasuk kejayaannya membawa Selangor menjulang trofi kejuaraan Piala Malaysia sebanyak 10 kali sehingga bersara pada 1987.

Buku setebal 244 muka surat itu turut mengandungi kisah perjalanan hidup Allahyarham Mokhtar sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada 11 Julai 1991.

Ketika bertitah dalam majlis pelancaran buku tersebut, Sultan Selangor menyatakan, baginda telah mengenali Allahyarham Mokhtar secara peribadi sejak 1970-an dan melihat cara berfikir serta semangat yang dimilikinya terhadap sukan bola sepak.

''Mokhtar (Allahyarham) yang beta kenali mempunyai semangat untuk menang dalam perlawanan bola sepak. Beliau tidak mudah mengalah," titah baginda sambil menyatakan rasa sukacitanya terhadap ITBM dan ahli keluarga Allahyarham Mokhtar yang terlibat dalam penerbitan buku tersebut.

Baginda bertitah, pasukan bola sepak Selangor pada era Allahyarham terdiri daripada pemain pelbagai kaum yang telah bermain dengan penuh semangat, bersatu serta menunjukkan perpaduan di antara satu sama lain.

''Inilah semangat yang perlu dicontohi oleh pasukan bola sepak Selangor yang ada sekarang," titah baginda.

Terdahulu, Mohd. Khair menyifatkan buku tersebut sesuai dijadikan bacaan tambahan kepada 10,000 peserta yang akan dipilih di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara 2014-2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini.

''Penerbitan buku ini juga turut dilihat selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan menerusi pelaksanaan dasar Satu Murid, Satu Sukan.

''Allahyarham Mokhtar adalah ikon yang kaya dengan sifat ahli sukan sejati dan buku ini dapat menjadi sumber bacaan yang mampu meningkatkan semangat juang pelajar sama ada dalam bidang sukan ataupun pembelajaran," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.