saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/10/2013

Punca Penyakit Jarang Jumpa

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Sebanyak 80 peratus Penyakit Jarang Jumpa yang dialami oleh individu di negara ini adalah disebabkan oleh faktor genetik dan separuh daripadanya bermula pada waktu kanak-kanak lagi.

Presiden Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia (PPJJM), Datuk Hatijah Ayob berkata, bagi membantu individu terbabit, pihaknya mencadangkan kerajaan menubuhkan satu sistem lengkap khas untuk pesakit dalam menerima rawatan perubatan.

Menurut beliau, sistem yang ditubuhkan itu mestilah merangkumi kesihatan, sosial, pembelajaran dan semua aspek yang terlibat.

''Ini kerana, pesakit yang menghidap Penyakit Jarang Jumpa biasanya jarang bergaul kerana takut dan khuatir tidak diterima oleh masyarakat sekeliling.

''Maka dengan adanya sistem yang lengkap bagi pesakit terlibat akan membantu mereka dalam mengharungi kehidupan seperti manusia normal dan diberi peluang untuk bekerja serta dapat bergaul dengan orang ramai tanpa sebarang halangan," katanya dalam Persidangan Kebangsaan Penyakit Jarang Jumpa Ke-2 yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. S. Jeyaindran di sini hari ini.

Persidangan dua hari yang bermula hari ini itu dianjurkan oleh PPJJM dengan kerjasama Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia dan Persatuan Metabolik Malaysia.

Menurut Hatijah, setakat ini lebih 200 pesakit telah mendaftar dengan persatuannya dan kira-kira 60 Penyakit Jarang Jumpa yang didaftarkan seperti Osteogenesis Imperfecta (tulang rapuh), Duchenne Muscular Dystrophy (DMD), Sindrom Prader-Willi, keabnormalan kromosom, Sindrom Marfan dan lain-lain lagi.

''Kita menyarankan masyarakat tidak memandang rendah pesakit yang menghidapi penyakit itu dan menerima mereka seperti individu normal.

''Mereka tidak perlu risau kerana penyakit ini tidak berjangkit dan mendatangkan sebarang kesan sampingan dalam kehidupan masing-masing," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.