saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/10/2013

Comango cabar Perlembagaan, tidak hormat Islam - Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pemuda UMNO menyifatkan tindakan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) mengemukakan tuntutan yang menyentuh sensitiviti umat Islam kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai mencabar Perlembagaan.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, tindakan Comango itu yang secara terang-terangan mempertikai undang-undang negara dilihat tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Menurut beliau, tindakan tersebut jelas menunjukkan Comango tidak menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan yang merupakan tunjang Rukun Negara.

"Tindakan ini dilihat sebagai sebahagian agenda terancang bertujuan melemahkan atau mencabar kedudukan agama Islam di Malaysia yang dijamin dan termaktub dalam Perlembagaan bertopengkan hak asasi manusia dan mempromosi anti diskriminasi.

"Melihat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendukung Comango ini, kami musykil dengan kenyataan kononnya tujuan mereka ikhlas, sebaliknya berkemungkinan mempunyai agenda politik tidak sihat," katanya.

Sebelum ini, beberapa negara memberi tekanan kepada Malaysia supaya menandatangani Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak-Hak Awam dan Politik (ICCPR) berkaitan hak kebebasan beragama yang perlu dibaca dengan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UHDR) iaitu mentakrifkan seseorang individu bebas meninggalkan agamanya.

Sementara itu, Khairul Azwan mengucapkan syabas kepada semua pihak yang berusaha menjelaskan perkara sebenar kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB khususnya Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimPro) berhubung tuntutan Comango tersebut.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan semua pihak mengelak mengambil pendekatan yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.