saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/10/2013

2,268 koperasi sekolah bantu tangani isu pengguna

Hasan Malek bergambar bersama penerima Anugerah Terbaik Keseluruhan, Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia Berhad dalam majlis sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) dan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Kewujudan sebanyak 2,268 koperasi sekolah dengan keahlian seramai 2.12 juta orang di seluruh negara diyakini dapat membantu kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan pengguna di Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, penglibatan koperasi sekolah dalam perniagaan peruncitan merupakan langkah terbaik, sekali gus membolehkan kedai itu muncul sebagai lokasi utama bagi warga sekolah berbelanja barangan keperluan.

"Perniagaan peruncitan di peringkat sekolah berpotensi besar untuk maju dan berjaya jika diberi fokus yang betul, malah pada masa ini pun telah ada koperasi sekolah yang menunjukkan kejayaan dalam bidang tersebut.

"Saya yakin usaha murni koperasi sekolah akan terus berjaya menerusi semangat kerjasama, setia berbelanja dan sayangkan koperasi yang dipupuk dalam kalangan ahli serta warga sekolah," katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian anugerah sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) dan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nik Ali Mat Yunus dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Dalam majlis berkenaan, Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia Berhad muncul Pemenang Anugerah Terbaik Keseluruhan.

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin Bhd., Jerantut muncul johan bagi Anugerah 6 Bintang HKS manakala Koperasi SMK Kota Bhd., Kota Bharu (kedua) dan SMK Simpang Beluru Bhd., Kuala Kangsar (ketiga).

Dalam perkembangan sama, Datuk Nik Ali berkata, setakat 30 Jun lalu, jumlah aset yang dimiliki gerakan koperasi sekolah adalah sebanyak RM248 juta.

Katanya, modal syer yang terkumpul pula ialah sebanyak RM21.8 juta beserta perolehan berjumlah RM237.7 juta.

"Walau bagaimanapun, keuntungan bukanlah matlamat penting dalam gerakan koperasi sekolah. Yang lebih penting ialah mendidik pelajar dalam amalan perniagaan yang bersifat saling membantu sekali gus melahirkan barisan pelapis kepimpinan koperasi yang mempunyai sifat keusahawanan tinggi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.