saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/11/2013

Wajib lulus Sejarah bukan untuk membebankan

IDRIS Jusoh meluangkan meninjau keadaan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Puteri Wilayah, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Keputusan Kementerian Pendidikan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini bukan untuk membebankan pelajar, sebaliknya bertujuan meningkatkan pengetahuan mereka mengenai sejarah negara.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, jika keputusan itu tidak dibuat pihaknya, para pelajar akan terus beranggapan mata pelajaran tersebut tidak penting dan kurang mendapat tumpuan.

Tegasnya, pelaksanaan syarat wajib lulus bagi mata pelajaran itu merupakan usaha untuk mendidik pelajar menjadi seorang warganegara yang baik.

"Bukan niat kita (kementerian) untuk tidak meluluskan mereka, kita memang berniat meluluskan semua pelajar tetapi sekurang-kurangnya biarlah mereka mengetahui asas sejarah negara.

"Kita melihat apabila Sejarah tidak diwajibkan, ramai menganggap mata pelajaran ini sebagai mata pelajaran tidak penting dan langsung tidak ingin mengetahui sejarah negara, langsung tidak tahu apa berlaku termasuk perjuangan pemimpin terdahulu hingga timbul perasaan tidak menghargai keadaan masa kini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi lawatan hari pertama peperiksaan SPM yang bermula hari ini hingga 5 Disember di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah di sini, hari ini.

Pada 23 Oktober 2010, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan SPM mulai 2013. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.