saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/11/2013

Jakim dapat kebenaran perluas bidang kuasa hukuman syariah

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Jabatan Peguam Negara (JPN) telah memberi kebenaran bagi hukuman maksimum '356' undang-undang syariah sedia ada dipinda untuk hukuman lebih berat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, langkah itu akan membolehkan kuasa Mahkamah Syariah dipertingkatkan secara lebih holistik.

"Dengan ini, ruang lingkup hukuman sedia ada di Mahkamah Syariah dapat ditingkatkan bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan tidak lagi terikat kepada '356' iaitu maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

"Jika perkara ini dapat direalisasikan, ia bakal membawa rahmat kepada umat Islam dan Mahkamah Syariah menjadi lebih baik pada masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendakwah Negara 2013 di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dan Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jakim, Nordin Ibrahim.

Jamil Khir berkata, pemerkasaan bidang kuasa hukuman syariah itu sejajar dengan cabaran pelaksanaan perundangan Islam khususnya dalam menangani fahaman Syiah serta hal-hal berkaitan agama di negara ini.

Sementara itu, beliau mencadangkan agar diwujudkan satu peraturan dan kod etika yang menjadi dasar umum untuk pendakwah serta mereka yang terlibat dalam penyiaran bagi memastikan kandungan ceramah dan maklumat disebarkan benar dan sahih.

"Kod dan etika ini akan digunapakai khususnya bagi memastikan para pemilik atau pengendali stesen penyiaran membuat tapisan cermat terhadap penceramah-penceramah agar isi kandungan ceramah disampaikan tidak bercanggah dengan dasar, prinsip ajaran Islam yang berasas pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Terdahulu Jamil berkata, pendakwah negara adalah barisan yang wajar digerakkan seiring dengan keadaan supaya dapat menguasai media baharu dengan lebih baik untuk menarik minat generasi muda kepada program dakwah seterusnya mengajak masyarakat ke arah kebaikan dalam membina ketamadunan unggul.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.