saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/11/2013

CEO YPJH dilucut gelaran Datuk

Hamsan Saringat

JOHOR BAHRU 8 Nov. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menarik balik darjah yang membawa gelaran Datuk dikurniakan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Yayasan Pelajaran Johor Holdings (YPJH), Hamsan Saringat berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, selain gelaran Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang dikurniakan kepada Hamsan pada tahun 2005, turut ditarik balik adalah Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II).

Kata Abdul Rahim, sebaik sahaja menerima titah Sultan Ibrahim semalam, beliau terus menghubungi Hamsan agar mengembalikan bintang dan gelaran tersebut pada petang hari yang sama.

"Mulai tarikh itu, Hamsan bin Saringat tidak boleh menggunakan gelaran Datuk dalam apa jua urusan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu dalam sidang akhbar di Pejabat Istana Besar di sini, beliau berkata, penarikan gelaran Hamsan yang juga bekas Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) adalah berdasarkan Fasal 7(2) (f) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 dan Fasal 13 Undang-Undang dan Peraturan Bagi Darjah Mahkota yang mana Sultan Ibrahim mempunyai kuasa untuk menarik gelaran tersebut.

"Berdasarkan Fasal 13 itu, Tuanku boleh memecat jawatan atau melucutkan gelaran kepada mereka yang telah diberikan gelaran atau pingat setelah didapati sama ada derhaka, berbuat dosa ataupun melakukan kesalahan-kesalahan yang mendatangkan kehinaan orang terbabit.

"Satu perkara yang unik tentang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri ini, setiap gelaran Datuk yang diberikan kepada mereka yang beragama Islam, setelah selesai menerima gelaran tersebut, mereka dikehendaki menunaikan solat sunat dua rakaat dan kemudian dikehendaki melakukan sumpah syarie di depan mufti," katanya.

Abdul Rahim berkata, ini kerana bagi Melayu Islam yang menerima gelaran tersebut, mereka tergolong sebagai Jumaah Pangkuan Negeri (JPN) yang mana mereka akan mewakili pelantikan bakal waris sultan.

Oleh itu, kata Abdul Rahim, menjadi satu perkara penting buat individu yang menerima gelaran itu untuk mempunyai sifat integriti kerana mereka merupakan sebahagian daripada JPN.

"Maknanya setiap penerima gelaran tindak-tanduk akan diperhatikan dan kata-katanya akan dianalisis oleh khalayak, maka sebagai orang yang diberikan pengiktirafan wajar menjaga nama baik dirinya.

"Untuk makluman, setiap gelaran atau pingat yang dikurniakan oleh Tuanku adalah berasaskan kepada perkhidmatan, sumbangan, jasa dan kesetiaan kepada sultan dan negeri ini," katanya.

Sementara itu, usaha menghubungi Hamsan gagal apabila panggilan telefon bimbitnya hanya dijawab oleh pemandu beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.