saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/11/2013

Imam dipecat, bilal digantung, dilarang masuk masjid

MUHAMMAD Yusuf Baharuddin (depan, tiga dari kanan) bersama Abdul Haffidz Abdul Karim (depan, dua dari kanan) dan Syed Mohamed Syed Abdullah Al-Habsyi (tiga dari kiri) mengadakan bantahan bersama sekumpulan jemaah masjid selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Taman Perling, Johor Bahru, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU 8 Nov. - Dua imam dan seorang bilal yang bertugas di Masjid Jamek Taman Perling dipecat dan dilarang memasuki kawasan masjid berkenaan tanpa sebarang alasan kukuh oleh jawatankuasanya.

Imam II masjid itu, Muhammad Yusuf Baharuddin, 34, berkata, tindakan drastik jawatankuasa masjid tersebut yang memberi notis 24 jam penamatan tugasnya pada 1 November lalu amat memeranjatkan kerana tidak disertakan sebarang sebab.

"Lebih mengecewakan, saya juga tidak dibenarkan melakukan sebarang perkhidmatan di masjid tersebut. Saya mula bertugas sejak setahun lalu menerusi pelantikan secara rasmi selepas menerima tauliah mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor.

"Bukan saya tidak terima, malah saya reda dengan ujian ini. Namun, saya kecewa dengan cara pemecatan yang tidak mengikut prosedur sepatutnya," katanya ketika ditemui selepas beliau bersama 50 jemaah lain mengadakan bantahan sejurus tamat solat Jumaat di pekarangan masjid berkenaan di sini hari ini.

Pada masa sama, kumpulan bantahan itu turut mengumpul 200 tandatangan jemaah yang bersembahyang di situ bagi tujuan menentang keputusan berkenaan untuk diserahkan kepada Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru.

Berdasarkan surat pemecatan itu, menurut Muhammad Yusuf, pihak jawatankuasa masjid mendakwa beliau telah melanggar etika yang ditetapkan di dalam surat tawaran, selain melanggar panduan dan peraturan Jabatan Agama Johor.

Sementara itu, Bilal II masjid tersebut yang digantung perkhidmatannya, Syed Mohamed Syed Abdullah Al-Habsyi, 41, berkata, beliau telah merujuk masalah itu kepada pejabat kadi dan memberitahu bahawa surat penggantungan itu telah ditolak.

"Dalam surat tersebut turut dinyatakan jawatan sebagai Bilal II dikekalkan dan dalam perhatian mereka. Namun, jawatankuasa masjid masih menolak dan memecat saya. Lebih menyedihkan, sebelum ini jemaah lain yang menyokong saya mengumpul 100 tandatangan sebagai tanda sokongan, namun tidak diendahkan jawatankuasa masjid," katanya.

Bertambah malang, Syed Mohamed turut diberikan surat melarang beliau berada dalam kawasan masjid hanya kerana tidak hadir ke mesyuarat.

Pemberita turut difahamkan bahawa pada 2011, nasib yang sama juga menimpa bekas Imam II masjid itu, Abd. Haffidz Abd. Karim, 27, dan seorang lagi bilal sehingga tidak membenarkan mereka berada dalam kawasan masjid tersebut tanpa kebenaran jawatankuasa.

Abd. Haffidz mendakwa, beliau telah diberi notis gantung perkhidmatan selama sebulan, namun dihentikan sebelum tempoh diberikan tamat menyebabkan dia merasakan dirinya teraniaya kerana tiada alasan kukuh diberikan jawatankuasa masjid.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abdul Muttalip Abd. Rahim berkata, jawatankuasa masjid adalah pihak yang melantik jawatan tersebut manakala Pejabat Kadi bertanggungjawab memberi tauliah, kedua-dua pihak kini sedang memperhalusi perkara tersebut.

"Tindakan susulan akan dilaksanakan oleh pihak atasan sebaik menerima maklumat penuh. Memang dia (imam yang dipecat) ada tauliah, akan tetapi dia dilantik jawatankuasa masjid dan mereka berhak memecatnya. Apa yang pasti, pemecatannya dibuat mengikut syarat serta majoriti kerana mungkin jemaah tidak mahu menggunakan khidmatnya lagi," ujarnya.

Tambahan pula, menurut Abdul Mutalip, gaji mereka dibayar oleh jawatankuasa masjid sementara pejabat kadi daerah hanya bertanggungjawab memberi tauliah yang melayakkan dia memegang jawatan tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.