saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/11/2013

Jangan abai Kedah sebagai negeri jelapang padi - Tun M

Dr. Mahathir Mohamad

ALOR SETAR 14 Nov. - Status Kedah sebagai negeri Jelapang Padi perlu dikekalkan kerana melibatkan isu keselamatan makanan walaupun di sebalik pelbagai usaha merancakkan pertumbuhan ekonominya untuk bergelar negeri maju.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau bimbang pertumbuhan populasi penduduk menjadikan permintaan kepada bekalan itu semakin meningkat saban tahun selain sebagai persediaan menghadapi kemungkinan kekurangan bekalan makanan pada masa akan datang.

Katanya, isu keselamatan makanan itu perlu ditangani dengan bijak termasuk memastikan produktiviti pertanian ditingkatkan melalui penggunaan teknologi terkini.

"Penting ada jelapang padi seperti Kedah. Pada masa akan datang, 10 atau 20 tahun lagi negeri ini yang akan menjadi penyelamat jika berlaku peperangan di negara tempat kita mengimport bekalan dan kita perlu bergantung sepenuhnya kepada hasil tanaman padi di negeri ini.

"Apa yang penting pengeluaran hasil tanaman padi ini dipertingkat termasuk amalan penanaman padi berteknologi tinggi demi meningkatkan pendapatan para petani di negeri ini untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada golongan ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Sembang Petang bertajuk Transformasi Kedah Dari Kacamata Tun sempena Karnival 7 Hari 7 Malam di Muzium Padi dekat sini hari ini.

Majlis selama lebih dua jam setengah itu dikendalikan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan.

Menurut Mahathir, golongan petani perlu merebut peluang terbaik bagi mempelajari teknologi dan kepakaran dalam pertanian yang disediakan oleh kerajaan untuk meningkatkan produktiviti.

"Jika kawasan seperti Sekinchan, Selangor mampu menghasilkan padi sehingga 10 tan sedangkan di Kedah masih lima hingga enam tan, tentu cara penanaman padi di sini tidak berkesan," katanya.

Menyentuh tentang potensi lain yang boleh diketengahkan ke arah memajukan Kedah, kata Dr. Mahathir, kedudukan negeri ini yang bersempadan dengan negara jiran seperti di Bukit Kayu Hitam dan Padang Terap boleh dieksploitasi untuk dimajukan terutama dalam sektor perindustrian.

Menjawab soalan Zaini berhubung ciri-ciri yang harus ada pada seorang Menteri Besar, kata Dr. Mahathir, seorang Menteri Besar bukan sahaja berfungsi mentabdir negeri dengan baik tetapi perlu melayan kehendak penduduk termasuk memastikan kehidupan mereka lebih baik.

Katanya, kedudukan sebagai Menteri Besar bukan tiket untuk seseorang pemimpin bergelar orang kehormat dan penting di negeri tersebut melainkan untuk berbakti kepada rakyatnya sepenuh jiwa.

"Jadi Menteri Besar adalah untuk layan rakyat bukan untuk jadi pembesar di negeri itu. Jadi jauh sekali untuk Menteri Besar berasa sombong dan berlagak.

"Apa yang penting beliau harus turun padang bertemu penduduk dan mendengar serta melayan masalah mereka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.