saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/11/2013

26 peserta projek KE7B diuji ketahanan

Akmar Hisham Mokhles (dua dari kanan) memberi kata-kata semangat kepada peserta Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia sambil diperhatikan Monica Ong (kanan) di Taman Tema Snowalk, I-City, Shah Alam, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) memilih Taman Tema Snowalk di I-City, Shah Alam sebagai destinasi pelengkap bagi menyempurnakan latihan fasa kedua Projek KE7B Malaysia Greenland 2014.

Menurut Penasihat Kehormat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles, destinasi itu dipilih bagi menguji ketahanan peserta projek tersebut dalam menghadapi cuaca sejuk di bawah paras beku di kawasan kutub berkenaan.

"Latihan kali ini cukup penting kepada peserta kerana kebanyakan mereka sebelum ini hanya terlibat dengan aktiviti lasak dalam negara.

"Oleh itu, kita harus memberi latihan dan pendedahan yang mencukupi supaya mereka benar-benar bersedia menyahut cabaran yang diberikan dan Snowalk merupakan satu-satunya kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai perkembangan terbaharu misi itu yang turut dihadiri Pengarah I-Berhad, Monica Ong.

Menurut Akmal Hisham yang juga Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, daripada 26 peserta yang menjalani latihan saringan itu, hanya 15 orang dipilih menyertai latihan teknikal di New Zealand sebelum pemilihan akhir 10 peserta dibuat untuk menyempurnakan penjelajahan ke Greenland pada April tahun depan.

"Agak sukar untuk membuat pilihan kerana ramai antara mereka mempunyai keupayaan dan jika tajaan mencukupi kita berharap membawa lebih ramai peserta," katanya.

Dalam pada itu, salah seorang peserta program tersebut, Muhammad Musaddiq Samsudin, 24, berkata, program penjelajahan yang pertama di Asia tersebut memberi peluang kepada golongan belia negara mencipta nama di persada antarabangsa.

"Program ini memang amat mencabar sehingga kami banyak kehilangan berat badan. Saya berharap lebih ramai belia negara yang berani tampil menyertai aktiviti sihat sebegini dan bukan hanya menghabiskan masa di laman sosial sahaja," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.