saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/11/2013

MKPN tiada sebarang kaitan dengan politik, pilihan raya - Kurup

PUTRAJAYA 23 Nov. - Usaha kerajaan menubuhkan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) tidak mempunyai sebarang maksud tersirat yang berkait dengan agenda politik jangka pendek atau pilihan raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, penubuhan majlis tersebut merupakan usaha penyatuan nasional bagi mengurangkan polarisasi kaum dan untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu.

"Majlis ini bertujuan membincangkan isu-isu sukar dalam masyarakat Malaysia yang kompleks bagi merintis jalan untuk mencari penyelesaian dan merapatkan jurang yang menghalang perpaduan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, MKPN yang ditubuhkan pada 11 September lalu susulan daripada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu negara Isnin ini.

Beliau berkata, proses membina sebuah negara bangsa tidak boleh dilakukan dengan sekelip mata tetapi memerlukan kerja keras semua pihak.

"Penyatuan nasional juga tidak bermakna segala kepentingan nasional perlu dilepaskan demi memenuhi tuntutan pihak tertentu," katanya.

MKPN merupakan sebuah badan yang mempunyai peranan dan tanggungjawab sama dengan Majlis Perpaduan Negara yang ditubuhkan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) selepas berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Bagaimanapun, majlis itu dibubarkan serentak dengan pembubaran Mageran berikutan pemulihan kerajaan demokrasi berparlimen pada 23 Februari 1971 dan sebagai ganti sebuah badan baru iaitu Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan.

Majlis itu kemudiannya dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri dan dianggotai seramai 51 ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan mengekalkan peranan Majlis Perpaduan Negara.

Kemudian, pada 15 September 2011, Perdana Menteri mengumumkan proklamasi darurat yang telah diisytiharkan dahulu ditamatkan penguatkuasaannya.

Berikutan itu, Perdana Menteri berpendapat terdapat keperluan menubuhkan sebuah badan yang menggantikan panel tersebut bagi mewujudkan konsep penyatuan nasional.

Konsep itu dicadangkan berikutan terdapat tanda dan trend pengundian pada pilihan raya lalu wujud bibit-bibit polarisasi kaum dan memerlukan sebuah mekanisme bebas bagi membincangkan serta mencari jalan penyelesaian terbaik dalam mengatasi isu tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.