saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/11/2013

Elak bayar cukai umpama khianat pada negara

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kewajipan membayar cukai adalah sama seperti mendokong prinsip dan semangat patriotisme kerana dengan melaksanakan tanggungjawab itu, mereka boleh membantu rakyat dan negara.

Dalam konteks itu, kata Perdana Menteri, sesiapa yang mengelak untuk membayar cukai boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada negara.

''Definisi patriotisme ialah apabila rakyat melaksanakan tanggungjawab demi kebaikan negara.

"Kalau kita boleh menghunus senjata, gunakanlah, tetapi kalau tidak boleh menghunus senjata atau tidak boleh menjadi anggota polis untuk menjaga keamanan dan memerangi jenayah, dalam definasi patriotisme itu, kewajipan membayar cukai juga berdasarkan kepada semangat dan prinsip patriotisme.

"Sebab, apabila kita bayar cukai kita tolong rakyat dan negara, (jadi) tanamkanlah semangat ini kerana bukan membebankan sangat (memandangkan) masih ada lagi sumber kewangan kita, itu tanggungjawab kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional kali pertama, di auditorium Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah kerajaan dalam mewujudkan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah berdasarkan kepada prinsip keadilan sosial demi membela majoriti penduduk bumiputera di negara ini yang meliputi 67 peratus daripada jumlah penduduk negara.

Jelas beliau, sekiranya kelompok majoriti itu tidak memperoleh manfaat daripada perkongsian kekayaan negara secara adil dan saksama, ia tidak boleh ditakrifkan sebagai keadilan sosial sekali gus tidak menyumbang kepada kestabilan jangka panjang negara.

''Apa akan terjadi kepada negara kita kalau majoriti penduduk negara ini terbiar dan terpinggir?. Sebab itu kita jangan berasa apologetik kerana agenda bumiputera adalah agenda nasional.

''Walau bagaimanapun, kita mahu tolong bumiputera yang layak, ada kebolehan dan yang rajin, ini falsafah kita. Bukan bererti (semua yang iktiraf) mereka bumiputera maka dia rasa patut dapat (dibantu),'' katanya.

Mengulas mengenai langkah kerajaan dalam pelaksanaan sistem cukai GST, Perdana Menteri berkata, walaupun langkah tersebut tidak dilihat sebagai satu tindakan popular tetapi pelaksanaannya adalah demi kebaikan rakyat.

Menurut beliau, melalui sistem cukai itu, negara mempunyai sumber kewangan daripada hasil yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negara yang lebih besar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.