saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/11/2013

Hutang Malaysia lebih rendah daripada Singapura

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Nilai peratusan hutang yang dicatatkan Malaysia pada tahun lalu lebih rendah daripada Singapura termasuk beberapa negara maju yang lain.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pakatan pembangkang sebelum ini sering menguar-uarkan negara mempunyai hutang yang terlalu tinggi tanpa melihat peratusan yang dicatatkan negara lain.

"Negara hanya mencatat 53 peratus nilai hutang berbanding 111 peratus yang dicatatkan oleh Singapura dan Jepun pula mencatatkan peratus hutang sebanyak 237 peratus, India 66 peratus, Amerika Syarikat 106 peratus, United Kingdom 93 peratus dan Jerman 82 peratus dan Greece 168 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk 'Belanjawan 2014' dalam seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional kali pertama di auditorium Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Tambah Ahmad Husni, hutang negara berada pada jajaran betul kerana kerajaan membuat pinjaman bertujuan merangsang ekonomi dan menurunkan paras defisit fiskal.

"Hutang negara yang dibuat bagaimanapun masih terkawal dan terurus kerana berada di bawah 55 peratus berbanding nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya.

Walaupun negara mempunyai hutang katanya, kerajaan tidak pernah menghadapi kegagalan atau lewat dalam membayar balik pinjaman.

Mengenai ketirisan yang didakwa pembangkang sehingga mencatat RM25 bilion hasil daripada Laporan Audit Negara, beliau berkata, berdasarkan perkiraan, hanya RM1.5 bilion perbelanjaan berlebihan yang dikenal pasti.

"Ketua Audit Negara memberi teguran terhadap perbelanjaan berlebihan sebanyak RM1.5 bilion. Kalau perbelanjaan tersebut tidak sesuai, tindakan seterusnya akan diambil.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.