saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/11/2013

Syarat capai perpaduan nasional

Najib Tun Razak (duduk, tiga kanan) bergambar kenangan bersama Ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) sempena Majlis Pelancaran MKPN di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan (duduk, dari kanan) Samsudin Osman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Joseph Kurup dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemuncak kejayaan perpaduan nasional akan dapat dicapai jika rakyat tidak lagi melihat antara satu sama lain melalui lensa agama atau kaum.

Menurut beliau, kerajaan menyedari cabaran besar menanti dalam perkara itu kerana negara mempunyai latar belakang yang begitu kompleks namun tidak melihatnya sebagai penghalang untuk menjayakan agenda perpaduan nasional.

"Pada kesudahannya, perpaduan negara akan berpunca daripada minda kita sendiri.

"Jika kita sudah melihat antara kita bukan melalui lensa agama atau kaum, pada masa itu kita boleh mencapai kemuncak kepada proses pembangunan negara bangsa," katanya ketika berucap melancarkan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) di sini hari ini.

Dalam majlis itu, sebanyak 29 tokoh daripada pelbagai latar belakang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja MKPN dan menerima watikah pelantikan daripada Najib.

Antaranya ialah Pengerusi MKPN, Tan Sri Samsudin Osman dan Timbalan Pengerusi MKPN, Tan Sri Lee Lam Thye.

Anggota MKPN lain dibarisi tokoh masyarakat, ahli akademik, pemikir, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain ahli politik daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Dalam pada itu, Najib turut menggariskan tujuh panduan untuk menjayakan perpaduan nasional yang merangkumi komitmen kerajaan dalam soal keamanan dan keharmonian negara.

Menurut beliau, panduan itu menggariskan apa sahaja yang diputuskan mesti berlandaskan kepada Perlembagaan, menjadikan Rukun Negara sebagai landasan serta mengambil panduan daripada Gagasan 1Malaysia yang antaranya terkandung prinsip menegakkan keadilan sosial.

Selain itu beliau berkata, program-program yang diatur juga perlu lebih bersifat neutral, bukan berkisar kepada agama dan kaum selain menghormati sensitiviti antara satu sama lain.

Tambahnya, objektif yang mahu dicapai itu turut mengambil kira Model Baharu Ekonomi (MEB) dalam konteks memastikan kekayaan negara dapat dikongsi secara inklusif, adil dan saksama.

Berhubung penubuhan MKPN, Najib menyifatkannya sebagai tepat pada masanya kerana Malaysia perlu melihat ke hadapan dalam proses pembangunan negara yang menjangkau tempoh agak panjang.

"Kita ada dua pilihan. Kita boleh mengambil sikap apa yang terjadi terserah kepada perkembangan keadaan, atau cuba mengolah perjalanan negara melalui intervensi positif supaya proses pengukuhan integrasi dan penyatuan nasional serta perpaduan nasional bergerak mengikut landasan lebih terjamin," katanya.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Najib berkata, MKPN dijangka menyediakan laporan interim berhubung syor-syor yang terbaik kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu yang boleh menghalang perpaduan nasional dalam masa enam bulan dari sekarang.

"Terpulang kepada Kabinet untuk menerima sepenuhnya atau sebahagian besar cadangan tersebut. Ini bukan soal politik tetapi kita mahu mengambil perspektif jangka panjang untuk masa depan negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.