saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/12/2013

Banjir: Hampir 800 dipindahkan di Kemaman

KUALA TERENGGANU 3 Dis. - Hampir 800 penduduk terpaksa dipindahkan ke 25 buah pusat pemindahan sehingga tengah hari ini akibat banjir dengan kesemuanya adalah dari daerah Kemaman.

Keadaan banjir dilaporkan semakin buruk dengan kebanyakan sungai utama di negeri ini sudah melepasi paras amaran.

Mangsa di Kemaman ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ibok, Balai Raya Padang Kemunting, GPW Seberang Tayor, Masjid Batu 14, SK Seberang Tayor, Dewan Orang Ramai Teladas dan Surau Haji Osman.

Sebahagian lain ditempatkan di Dewan Orang Ramai Gong Cengal, SK Kemasik, Masjid Lama Padang Kubu, Rumah Tamu Padang Kubu, Dewan Orang Ramai Batu 14, SK Telok Kalong, Masjid Kampung Batu 16 dan Dewan Sivik Pasir Gajah.

Beberapa batang jalan di daerah Kemaman dan Dungun ditutup termasuk Jalan Kemasik/Air Jernih/Ibok/Paman (Kampung Paya Seratus), Jalan Air Putih/Teladas Sec 1.0 (Jambatan) yang ditenggelami air sedalam 0.6 hingga 1.6 meter.

Jalan Jerangau/Jabor (Kampung Tebok) pula ditutup kerana air melintas manakala Jalan Jerangau/ Jabor (Ceneh) dibuka selorong disebabkan tanah runtuh.

Di Hulu Terengganu pula, jalan yang ditutup kepada semua kenderaan termasuk Jalan Bukit Diman/Pengkalan Ajal/Simpang Felda Tersat

(Pengkalan Ajal), jalan masuk utama Felda Mengkawang/Tersat (Kampung Lubuk Periuk), jalan masuk utama Felda Mengkawang/Tersat (Kampung Peneh).

Sementara itu, beberapa batang sungai utama telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Dungun di Kuala Jengai, Sungai Tebak dan Sungai Cerol Kemaman, Sungai Kemaman dan Sungai Berang Hulu Terengganu.

Sungai Besut di Jambatan Keruak dan di Kampung La sudah melepasi paras amaran, begitu juga dengan Sungai Dungun di Pasir Raja, Sungai Setiu di Kampung Besut, Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Sungai Berang di Hulu Terengganu dan Sungai Marang di Pengkalan Berangan. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:20
Asar 4:45
Maghrib 7:29
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.