saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/12/2013

Muzium perlu perkasa peranan - Najib

NAJIB Tun Razak diiringi Syed Mokhtar Albukhary melihat sekitar pameran pada perasmian Seni Khat Islam Kontemporari sempena ulang tahun ke-15 Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, muzium perlu diperkasakan peranannya dari semasa ke semasa supaya terus 'hidup' dalam zaman serba canggih ini.

Menurut Perdana Menteri, hal demikian kerana masyarakat ketika ini semakin maju dari segi akses maklumat yang memerlukan muzium menggabungkan rangkaian antara objek statik, kehidupan serta pencapaian lalu.

Untuk itu jelasnya, Muzium Kesenian Islam dilihat antara muzium yang berjaya dalam memainkan peranan berkenaan.

"Peranan muzium adalah untuk memperkenalkan tradisi dan keindahan serta pemeliharaan seni melalui pelbagai program terutamanya melibatkan generasi muda.

"Dengan ini, kita dapat melengkapkan masyarakat dan memperkayakan mereka dengan pengetahuan lampau. Kebanyakan muzium menjadi tirai masa lampau sesuatu kaum, negara atau dalam kes ini (Muzium Kesenian Islam), keimanan. Tetapi muzium juga boleh memberi kita sekilas pandang ke arah masa depan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pameran Seni Khat Islam Kontemporari sempena ulang tahun ke-15 Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) di sini malam ini.

Yang turut hadir Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim; Pengerusi Eksekutif Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dan Pengarah MKIM, Syed Mohamad Albukhary.

Pameran berkenaan mempamerkan lebih 100 karya seni melibatkan 36 artis dari beberapa negara termasuk China, Iran, Mesir dan Arab Saudi.

Dalam majlis sama, Yayasan Albukhary menyampaikan sumbangan sebanyak RM1 juta untuk membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa buah negeri, khususnya di Pantai Timur.

Najib berkata, dalam sejarah Islam, seni kaligrafi merupakan medium terbaik dalam merapatkan jurang antara tradisi seni Islam dan dalam kehidupan kita serta masa depan.

"Saya fikir tiada medium terbaik, selain kaligrafi yang memang istimewa dalam Islam dan mampu merapatkan kita dengan Allah dalam setiap lakarannya," tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.